13 Julai 2011-Satu detik bersejarah bagi peminat Arsenal di Malaysia kerana kelab kesayangan mereka turun beraksi di Bukit Jalil menentang pasukan Harimau Malaya.
Seperti yang dijangkakan oleh rakyat Malaysia, SNBJ akan berubah menjadi lautan merah seperti simbul warna bagi pasukan Arsenal. Tidak hairanlah perkara ini berlaku kerana sebelum ini pun jelajah Asia dari kelab Mancherster United pada tahun 2009 telah membuktikan bahawa pengaruh EPL di Malaysia sangat kuat.
Apa yang menjadi pelik semalam, kenapa rakyat Malaysia yang meminati pasukan Arsenal perlu memakai baju Arsenal? kerana dalam perlawanan ni Arsenal menentang pasukan Malaysia. Mengapa warna kebanggaan Malaysia iaitu Hitam Kuning hanya nampak sedikit sahaja berbanding warna Merah Putih? adakah Arsenal menentang pasukan Malaysia di Emirates?. Ok la tu kan, ada jugak rakyat Malaysia yang pakai baju Malaysia, memang tabik spring kepada yang memakai baju Malaysia pada malam tu.
Sebenarnya baju tu bukan menjadi persoalan sangat, tapi persoalan yang hendak dirungkaikan tentang semangat anak Malaysia terhadap pejuang Negara. Tak kisah la kalau nak pakai jersi apa pun, sebagai anak Malaysia kita perlu lebih atau dahulukan Negara kita.
Apa yang berlaku semalam, setiap kali pemain Malaysia rebah di tengah padang mereka akan diperlekehkan dengan bermacam cara, jika anda menonton perlawanan semalam anda mesti sedar semasa Aidil dikasari Chamakh dan rebah di tengah padang mereka "Boooo" Aidil, mengapa perlu "Booo" adakah Aidil tu bukan rakyat Malaysia? ataupun yang "Booo" tu bukan rakyat Malaysia? Tapi yang pastinya, peminat Arsenal yang pergi menonton perlawanan semalam di SNBJ adalah sebahagian besar rakyat Malaysia.
Tak mungkin lah kalau bukan rakyat Malaysia sekalipun yang ciput dalam stadium tu "Booo" dengar macam puluhan ribu punya bunyi.
Anda pernah terfikir tak, jika anda berada di tempat pemain Kebangsaan kita kemudian anda diperlekehkan oleh rakyat anda sendiri? apa yang anda rasa? adakah anda akan rasa lebih bersemangat?? dan adakah anda rasa hina?
So, selepas ni kalau anda nak pakai baju apa pun, tu anda punya hak tapi lebih baik berbaju Malaysia la sebab jelajah asia dari kelab EPL semuanya menentang pasukan Negara kan. Cuma satu permintaan kami dari anak Malaysia yang sayangkan Malaysia, jangan la nak menghina pasukan Negara kami kalau anda anggap pasukan Malaysia tu musuh anda. Kerana anda perlu ingat anda pon ber "IC" biru seperti kami rakyat Malaysia.
Kalau boleh tu berpijak la di bumi yang nyata, kalau anda minat sekali pun dengan kelab EPL tu, utamakan lah dahulu pasukan Malaysia sebab kita semua rakyat Malaysia pegang "IC" warna yang sama. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.
p/s untuk peminat Liverpool dan Chelsea juga :)
Tahniah PASUKAN MALAYSIA
Tahniah PENYOKONG MALAYSIA
oleh: wargasoccer
credit: gambar honey isyqi corporation
Wednesday, July 13, 2011
Wednesday, March 23, 2011
Razali Umar mungkin digantung
![]() |
| Razali Umar Kandasamy |
Masalah pemain ini dikatakan akan turut menjadi agenda mesyuarat pengurusan Pafa minggu depan.
Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang khabar berita daripada Razali walaupun dia cuba dikesan.
Sebelum "missing in action", hanya satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang dikatakan diterima oleh seorang pegawai pasukan daripada pemain itu yang menyatakan dia mengalami cirit birit dan tidak dapat turun berlatih.
"Razali tidak pernah menghubungi saya sejak kehilangannya diperkatakan pada 9 Mac lalu," kata Zainol Fadzi kepada pemberita di sini hari ini.
Kegagalan Razali menghadiri latihan menyebabkan dia diketepikan dalam satu perlawanan Liga Super dan dua perlawanan suku akhir Piala FA.
"Kita tidak tahu masalah yang dihadapi oleh penyerang ini. Ia akan menjadi salah satu agenda mesyuarat pengurusan Pafa minggu depan," kata Zainol Fadzi.
Beberapa ahli Majlis Pafa sebelum ini telah mencadangkan supaya penyerang berusia 25 tahun ini dikenakan tindakan yang lebih keras.
Pada awal musim, Pafa telah memotong gaji Razali selama dua bulan kerana gagal menghadiri latihan selama tiga minggu.
"Kalau hukuman potong gaji pun tidak menginsafkan Razali, hukuman penggantungan mungkin akan menyedarkannya," kata seorang ahli majlis Pafa sebelum ini.
Sumber: BERNAMA
Monday, March 21, 2011
Teka-Teki Terjawab
![]() |
| Mohd Azraai Khor Abdullah |
Selepas pembebasan beliau dari FAM ramai penyokong bola sepak di Malaysia tertanya tanya tentang ke manakah pasukan yang bakal dilatih oleh Azraai dan semestinya harapan penyokong Kedah untuk melihat anak Kedah yang pernah membawa kejayaan pasukan Kedah menjadi "Double Treble" akan kembali bersama Kedah.
Semalam 21 Mac Azraai telah pergi ke Negeri Sembilan untuk perbincangan kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, dan beliau telah mempersetujui kontrak itu selama dua tahun. Azraai diambil untuk menggantikan Wan Jamak berdasarkan rekod pencapaian beliau, pengalaman dan kepakaran beliau dalam melatih pasukan lain sebelum ini.
Faktor Azraai ke Negeri Sembilan adalah disebabkan kesungguhan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan ingin melihat kejayaan dan kecemerlangan pasukan itu dalam liga tempatan.
Kini semestinya harapan penyokong Negeri Sembilan adalah ingin melihat kejayaan skuad itu bersama Azraai. Dan rakyat Kedah mengharapkan kejayaan yang akan dicapai oleh Mohd Azraai Khor Abdullah akan dapat dikongsi bersama rakyat Kedah kerana Azraai adalah seorang anak jati Kedah yang menjadi orang penting dalam skuad rusa itu pada masa sekarang.
oleh: wargassocer
selasa, 22 Mac 2011
Sunday, March 20, 2011
Azraai Khor ke Negeri Sembilan?
21 mac 2011- Berita mengenai penghijarahan bekas jurulatih kedah dan harimau muda ke negeri sembilan sudah pun menular di merata-rata page kelab penyokong Kedah.
Pada jam 9.00 malam, 20 Mac 2011 satu sesi peminat bersama Azraai Khor telah dilakukan di dinding profile pembaca berita dan pengulas sukan RTM Hafizal Hamad. Sesi bersama Azraai dilakukan kerana berita mengenai beliau ke Negeri Sembilan telah pun tersebar dengan cepat di dalam laman sosial Facebook.
Ramai peminat setia hijau kuning menunjukkan reaksi yang amat mengecewakan terhadap KFA kerana tidak melamar Azraai selepas beliau dilepaskan dari kontrak FAM baru-baru ini, boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Kedah mengharapkan beliau akan bersama Kedah kembali. Selain pada itu, ramai juga reaksi penyokong Kedah yang banyak memberi sokongan kepada Azraai untuk lebih berjaya walau di mana beliau berada untuk melatih pasukan yang beliau kendalikan dan mengharapkan beliau mengharumkan nama negeri Kedah.
Tetapi seperti mana yang kita tahu, Azraai telah menyatakan di dalam akhbar dan media elektronik yang beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil KFA utk membawa beliau kembali ke dalam pasukan Kedah untuk melatih skuad Kenari. Sedangkan wakil dari PBNS lebih awal menghubungi beliau selepas dibebaskan oleh FAM, untuk berbincang mengenai kontrak dan sebagainya bersama Negeri sembilan.
Dan pada masa itu juga, Azraai pernah mengeluarkan kenyataan diakhbar mengenai syarat jika beliau bersama Kedah kembali. Syarat yang sangat mudah iaitu beliau mengharapkan kerjasama dari pihak pengurusan KFA dan bukan dengan sikap "Cukup apa yang ada".
Dalam sesi bersama Azraai itu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Jason Marz telah bertanyakan soalan kepada Azraai berbunyi seperti "adakah coach tidak merasa rugi apabila pasukan Kedah di barisi pemain-pemain yang cukup hebat tetapi tidak dapat menerajui kembali?", jawapan yang diberikan oleh Azraai adalah "Memang saya rasa bagitu rugi....tapi ada kah harus saya saja rasa begitu ???What about KFA ???".
Wednesday, March 16, 2011
Presiden KFA-Jangan hanya salahkan Khazali
![]() |
| Presiden KFA Datuk Seri Azizan Abdul Razak |
ALOR SETAR - Di sebalik desakan penyokong supaya Datuk Khazali Din berundur, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mempertahankan kedudukan pengurus tersebut.
Azizan yang juga Menteri Besar berkata, Khazali tidak boleh dipersalahkan di atas kemerosotan prestasi pasukan Hijau Kuning.
"Kalau kita ada pengurus yang baik tetapi mungkin pemain tidak baik. Kita tidak boleh tengok salah seorang sahaja kerana jika pasukan kalah, salah jurulatih, kerana pasukan kalah, salah pengurus, pemain pula macam mana?
"Atau mungkin ada pemain yang bagus dan ada yang tidak bagus, kita akan tengok perkara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darulaman di sini, semalam.
Beliau mengulas rasa tidak puas hati penyokong Kedah terhadap keputusan KFA mengekalkan pengurus pasukan tersebut, di sebalik kemerosotan pasukan Kedah.
Desakan penyokong agar pengurus dan jurulatih pasukan itu berundur, membawa kepada pertukaran jurulatih yang kini dipikul oleh Radhi Mat Din, setelah ketua jurulatih Ahmad Yusof direhatkan.
Kedudukan Khazali pula dikekalkan oleh Jawatankuasa Eksekutif KFA yang bermesyuarat sebulat suara menolak hasrat beliau untuk melepaskan jawatan tersebut sehari selepas Kedah kepada Felda United dalam saingan Piala FA, baru-baru ini.
Kejayaan Kedah menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan saingan Liga Super Sabtu lalu juga gagal mengubat kekecewaan penyokong, apabila ada yang berdemonstrasi sejurus tamat perlawanan tersebut mendesak Khazali berundur.
Azizan memberi jaminan untuk mempertimbangkan pandangan dan desakan penyokong tersebut.
"Kita akan timbangkan segalanya, kita hargai pandangan orang ramai demi kejayaan pasukan Kedah dan keselesaan semua pihak," katanya lagi.
Presiden PBNS mula 'naik angin'
![]() |
| Datuk Seri Mohamad Hasan |
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sudah tidak boleh berdiam diri lagi melihatkan prestasi skuad Hoben Hang Hoben sejak kebelakangan ini.
Justeru, beberapa keputusan drastik akan diambil oleh PBNS termasuk merombak, merehat, menggantung dan menyingkirkan mana-mana pegawai dan pemain yang gagal menunjukkan permainan yang diharapkan.
Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar kecil) berkata, beliau dan penyokong Negeri Sembilan sudah hilang sabar melihat persembahan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu yang semakin merudum.
“Saya dan seluruh penyokong juga sudah hilang sabar kerana kita ada ramai pemain berpotensi di setiap posisi.
“Satu tindakan drastik perlu diambil kerana ada yang tidak kena dengan pasukan ini.
Harimau Muda A dapat lampu hijau tangguh perlawanan
KELANA JAYA, - Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memutuskan untuk meminda tiga perlawanan membabitkan Harimau Muda A dalam Liga Super.
Jadual itu membabitkan aksi menentang Terengganu di tempat lawan (14 Jun), Sabah di Stadium Shah Alam (17) dan Pahang di Stadium Darul Makmur (21 Jun) ke bulan Julai.
FAM menganggap pindaan itu tidak akan menjejaskan dan mempengaruhi jadual perjalanan Liga Super yang lain.
Keputusan itu bagi membolehkan Harimau Muda A menumpukan perhatian kepada kempen pusingan kedua kelayakan Olimpik yang dijangka berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan.
Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd Amin itu menjelaskan final Piala FA yang jatuh pada 11 Jun depan berdasarkan taklimat awal musim berkemungkinan akan diadakan di Shah Alam.
Ini berikutan proses membaiki trek gelanggang pilihan sebelum ini, Stadium Bukit Jalil hanya akan selesai pada Julai nanti.
Jadual itu membabitkan aksi menentang Terengganu di tempat lawan (14 Jun), Sabah di Stadium Shah Alam (17) dan Pahang di Stadium Darul Makmur (21 Jun) ke bulan Julai.
FAM menganggap pindaan itu tidak akan menjejaskan dan mempengaruhi jadual perjalanan Liga Super yang lain.
Keputusan itu bagi membolehkan Harimau Muda A menumpukan perhatian kepada kempen pusingan kedua kelayakan Olimpik yang dijangka berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan.
Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd Amin itu menjelaskan final Piala FA yang jatuh pada 11 Jun depan berdasarkan taklimat awal musim berkemungkinan akan diadakan di Shah Alam.
Ini berikutan proses membaiki trek gelanggang pilihan sebelum ini, Stadium Bukit Jalil hanya akan selesai pada Julai nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)





