Wednesday, July 13, 2011

Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Emirates??

13 Julai 2011-Satu detik bersejarah bagi peminat Arsenal di Malaysia kerana kelab kesayangan mereka turun beraksi di Bukit Jalil menentang pasukan Harimau Malaya.

Seperti yang dijangkakan oleh rakyat Malaysia, SNBJ akan berubah menjadi lautan merah seperti simbul warna bagi pasukan Arsenal. Tidak hairanlah perkara ini berlaku kerana sebelum ini pun jelajah Asia dari kelab Mancherster United pada tahun 2009 telah membuktikan bahawa pengaruh EPL di Malaysia sangat kuat.



Apa yang menjadi pelik semalam, kenapa rakyat Malaysia yang meminati pasukan Arsenal perlu memakai baju Arsenal? kerana dalam perlawanan ni Arsenal menentang pasukan Malaysia. Mengapa warna kebanggaan Malaysia iaitu Hitam Kuning hanya nampak sedikit sahaja berbanding warna Merah Putih? adakah Arsenal menentang pasukan Malaysia di Emirates?. Ok la tu kan, ada jugak rakyat Malaysia yang pakai baju Malaysia, memang tabik spring kepada yang memakai baju Malaysia pada malam tu.

Sebenarnya baju tu bukan menjadi persoalan sangat, tapi persoalan yang hendak dirungkaikan tentang semangat anak Malaysia terhadap pejuang Negara. Tak kisah la kalau nak pakai jersi apa pun, sebagai anak Malaysia kita perlu lebih atau dahulukan Negara kita.

Apa yang berlaku semalam, setiap kali pemain Malaysia rebah di tengah padang mereka akan diperlekehkan dengan bermacam cara, jika anda menonton perlawanan semalam anda mesti sedar semasa Aidil dikasari Chamakh dan rebah di tengah padang mereka "Boooo" Aidil, mengapa perlu "Booo" adakah Aidil tu bukan rakyat Malaysia? ataupun yang "Booo" tu bukan rakyat Malaysia? Tapi yang pastinya, peminat Arsenal yang pergi menonton perlawanan semalam di SNBJ adalah sebahagian besar rakyat Malaysia.

Tak mungkin lah kalau bukan rakyat Malaysia sekalipun yang ciput dalam stadium tu "Booo" dengar macam puluhan ribu punya bunyi.

Anda pernah terfikir tak, jika anda berada di tempat pemain Kebangsaan kita kemudian anda diperlekehkan oleh rakyat anda sendiri? apa yang anda rasa? adakah anda akan rasa lebih bersemangat?? dan adakah anda rasa hina?

So, selepas ni kalau anda nak pakai baju apa pun, tu anda punya hak tapi lebih baik berbaju Malaysia la sebab jelajah asia dari kelab EPL semuanya menentang pasukan Negara kan. Cuma satu permintaan kami dari anak Malaysia yang sayangkan Malaysia, jangan la nak menghina pasukan Negara kami kalau anda anggap pasukan Malaysia tu musuh anda. Kerana anda perlu ingat anda pon ber "IC" biru seperti kami rakyat Malaysia.

Kalau boleh tu berpijak la di bumi yang nyata, kalau anda minat sekali pun dengan kelab EPL tu, utamakan lah dahulu pasukan Malaysia sebab kita semua rakyat Malaysia pegang "IC" warna yang sama. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s untuk peminat Liverpool dan Chelsea juga :)


Tahniah PASUKAN MALAYSIA
Tahniah PENYOKONG MALAYSIA



oleh: wargasoccer
credit: gambar honey isyqi corporation

comment via Facebook

Viral Like Control Manager