Sunday, October 28, 2012

Harimau Muda tetap dicabar

PEMAIN Harimau Muda dicabar untuk meraih
kedudukan lebih baik dalam saingan Liga S.

ATAS kertas, misi Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan Liga Singapura 2012 (Liga S) musim ini tampak sukar dicabar mana-mana pasukan.
Selepas mengumpul 41 mata setakat ini, skuad kendalian Ong Kim Swee itu kini berada di tangga keempat liga dengan baki dua perlawanan, mengatasi Home United dan Balestier Khalsa yang kini di tangga kelima dan keenam.
Begitupun, Kim Swee mencabar anak-anak buahnya mempamerkan persembahan bertenaga untuk menamatkan saingan di kedudukan lebih baik berbanding misi asal mereka sebelum ini untuk menghuni tangga kelima liga.

Effa Owona sertai Terengganu

PENGURUS pasukan Terengganu,
Marzuki Sulong (kiri) bersalaman dengan Effa Owona (kanan)
 selepas majlis menandatangani kontrak pemain import
 bagi saingan Liga Malaysia musim depan
di Kuala Terengganu semalam.

PENYERANG import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang akan tamat kontrak dengan pasukan itu hujung bulan depan bakal mengetuai jentera serangan pasukan Terengganu musim depan.
Pemain berusia 29 tahun itu yang pernah beraksi dalam Liga Perancis dan Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga yakin dapat menunjukkan prestasi lebih baik apabila menganggotai skuad Terengganu kelak.
Keyakinan tersebut diluahkan penyerang kelahiran Cameroon itu yang berjaya merekodkan 24 jaringan daripada 30 perlawanan dalam tempoh semusim ketika bersama Negeri Sembilan.
“Saya juga kenal beberapa pemain di sini (Terengganu) dan saya yakin saya boleh melakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan sebelum ini,” katanya.

Saturday, October 27, 2012

Tiba masa Harimau Malaya 'mengaum'

IMBAS KEMBALI... Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia.
Menjelang detik tersebut, sama ada sedar atau tidak, bukan sedikit kata-kata ‘sumbang’ pengkritik bola sepak tempatan yang terpaksa ditelan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal sebenarnya.

Lumrah dalam bola sepak, ketika menang dipuja dan begitu jua sebaliknya.
Segala-galanya dikatakan bermula apabila Harimau Malaya ditunjukkan jalan keluar oleh seteru utama, Singapura di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada tanggal 28 Julai 2011.

Monday, October 22, 2012

Misi Malaysia pertahan juara

MAHALLI (dua dari kiri) turut tersenarai untuk menyertai latihan skuad Piala AFF Suzuki negara

SELEPAS sekian lama ‘bereksperimen’, pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal akhirnya mengumumkan senarai 35 pelatih bagi menggalas cabaran negara mempertahankan Piala AFF Suzuki yang bakal membuka tirainya November depan.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan 28 pelatih yang bakal menjalani latihan pusat di Wisma FAM bermula semalam.

Friday, October 19, 2012

Harimau Muda mara ke Final


Harimau Muda mara ke final Piala Newspaper buat pertama kalinya selepas menewaskan Thailand B21 1-0 hasil jaringan tunggal oleh Syahrul Azwari.
Skuad bimbingan Ong Kim Swee sekali lagi mempamerkan aksi menarik menentang Thailand B21 dan layak untuk ke final Piala Newspaper dan akan bertemu Vietnam Youth Newspaper Ahad ini.
Turun tanpa bek kanan, Azrif Nasrulhaq yang digantung satu perlawanan telah memaksa Ariff Farhan menggantikannya di posisi itu.

Thursday, October 18, 2012

Peluang Kelantan cipta trebel


KELANTAN kini berada di landasan yang cukup baik untuk merangkul piala ketiga dalam misi mereka mencipta sejarah sukan bola sepak negeri itu, sekali gus melengkapkan gelaran trebel musim ini.
Skuad yang mendapat jolokan The Red Warriors itu akan turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam malam esok.
Bagi ketua jurulatihnya, Bojan Hodak, pasukannya kini berada dalam keadaan bersedia tanpa sebarang kecederaan mahupun masalah fizikal dan mental kecuali penggantungan dua tonggak utamanya, Norfarhan Muhammad dan Mohammed Ghaddar.

Terengganu pilih Elavarasan

SIAPA ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak Terengganu akhirnya terjawab apabila E. Elavarasan diumumkan untuk menggalas tugas itu selepas kontraknya bersama Felda United tamat 30 November depan.
Biarpun skuad Penyu melalui tempoh sukar musim ini dengan pelbagai kontroversi termasuk penyingkiran khidmat dua jurulatihnya iaitu Mat Zan Mat Aris dan Peter Butler, namun ia tidak menggentarkan jurulatih kelahiran Klang, Selangor itu untuk menyahut cabaran.
Malah, bekas pemain Selangor itu menganggap tanggungjawab yang bakal digalasnya nanti sebagai satu cabaran dalam kariernya yang sebelum ini tidak berpeluang membimbing pasukan yang mempunyai nama besar.
"Ini adalah cabaran baharu untuk saya tetapi kita kena berusaha bagi mencapai prestasi seperti yang diharapkan," katanya.

comment via Facebook

Viral Like Control Manager