Sunday, October 14, 2012

"APEK" pemain termahal Malaysia?

Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat atau gelaranya "APEK" dikatakan telah mendapat tawaran lumayan dari sebuah pasukan di Selatan Tanah Air sebanyak RM3 juta untuk mendapatkan khidmat beliau bersama pasukan tersebut.

Tawaran yang diberikan kepada "Apek" telah tersebar di alam maya iaitu di laman twitter serta laman facebook sejak kebelakangan ini. Ada yang mengatakan "Apek" ditawarkan RM3 juta untuk diikat kontrak bersama pasukan tersebut dan pasukan itu akan menebus kontrak "Apek" daripada Kelantan FA sebanyak RM800 000.

Dalam kenyataan di dalam laman facebook tersebut ada mengatakan perbincangan itu akan dilakukan tidak lama lagi diantara pihak dari pasukan itu dengan pihak Kelantan FA, mungkin juga selepas tamat perlawanan akhir Piala Malaysia.


Jika benar apa yang digembar gemburkan oleh penyokong-penyokong di Malaysia ini, mungkin "Apek" atau Khairul Fahmi Che Mat akan menjadi jutawan bola sepak kedua selepas Safee Sali dan akan menjadi pemain bola sepak Malaysia yang paling mahal.

Sejauh mana kebenaran berita yang tersebar itu, biarlah pihak yang berkenaan tentukan mungkin khabar angin ini betul dan mungkin tidak.

Apa yang dapat disimpulkan semakin hari semakin nampak kematangan dalam bola sepak Malaysia di mana persaingan sengit untuk mendapatkan pemain bintang seperti yang dilakukan di Eropah, Amerika Latin serta Asia Timur dan Asia Barat bagi memantapkan lagi barisan pemain yang sedia ada.


Oleh: MSIBJ

comment via Facebook

Viral Like Control Manager