Tuesday, October 9, 2012

Kelayakan AFF Suzuki Cup 2012: Brunei kembali kelandasan, Kemboja tiada peluang

Video Highlight: Kemboja 2-3 Brunei

YANGON (9 Okt 2012) - Brunei kembali kelandasan yang betul untuk mencerahkan peluang mereka beraksi dipusingan akhir Piala AFF Suzuki 2012 apabila menewaskan Kemboja 3-2 petang semalam.

Brunei mengalami kekalahan 1-0 kepada Myanmar dua hari lalu dan memerlukan tiga mata penuh hari ini untuk kekal dalam persaingan. Selepas ketinggalan dengan jarinagn Prak Udom Mony pada separuh pertama, Brunei bangkit kembali dan berjaya menjaringkan tiga gol hasil jaringan Md Aminuddin Zakhwan Tahir (56), Muhd ​​Helmi Zambin (63) dan Azwan Muhd ​​Salleh (70) untuk membuka laluan mereka ke pentas pusingan akhir.


"Kami tidak bermain dengan baik dalam separuh masa pertama," kata Kwon Oh Son, ketua jurulatih Brunei. "Tetapi kami bangkit dalam separuh masa kedua dan menjaringkan tiga gol. Sekarang kami akan bersedia untuk perlawanan penting menentang Laos. "


"Kami perlu menang dalam perlawanan ini, tetapi sebaliknya berlaku ketika kami bermain dengan baik" kata Hok Sochetra, ketua jurulatih Kemboja selepas perlawanan. "Saya tidak dapat ungkapkan segala kata-kata dengan keadaan sekarang ni."

Brunei akan menghadapi Laos dua hari lagi dan akan bertemu dengan Timor Leste pada hari Sabtu, perlawanan ini yang akan menentukan mereka ke pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2012.

comment via Facebook

Viral Like Control Manager