Tuesday, October 9, 2012

Undian Piala Asia Australia 2015: Malaysia berada bersama Qatar, Yaman dan Bahrain dalam kumpulan D

Kedudukan pasukan dalam kumpulan
MALAYSIA akan menghadapi Qatar, Bahrain dan Yaman dalam kelayakan Piala Asia yang akan diadakan antara Februari 2013 hingga Mac 2014 selepas diundi dalam kelayakan  AFC Asian Cup Australia 2015 telah dilangsungkan di Melbourne hari ini.

Dua puluh pasukan yang ada telah diasingkan ke dalam lima kumpulan, setiap kumpulan mempunyai empat pasukan. Setiap pasukan akan bermain HOME dan AWAY antara Februari 2013 dan Mac 2014.

Pemenang dan naib juara setiap kumpulan akan layak untuk pusingan akhir Piala Asia bersama-sama dengan pasukan terbaik tangga ketiga dari kalangan semua kumpulan. 11 pasukan akan menyertai kelayakan automatik bersama Australia, Jepun, Republik Korea, Korea DPR dan juga bersama-sama dengan pemenang AFC Challenge Cup 2014.


"Kita akan melihat beberapa perlawanan yang menarik dalam tempoh 18 bulan akan datang," kata Pemangku Presiden AFC Zhang Jilong. "Kami gembira bahawa ahli AFC terbaru, Australia, akan menjadi tuan rumah pertandingan utama pasukan dari negara Asia buat kali pertama".

Frank Lowy, Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Australia dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan berkata bahawa Australia telah bersedia untuk festival Piala Asia dan menjanjikan festival yang terbaik untuk Piala Asia kali ini.

"Ini aadalah penganjuran bola sepak terbesar pernah diadakan di negara ini. Ia akan menjadi pesta bola sepak antarabangsa, dan kami yakin bahawa Australia akan menjadi penganjur terbaik untuk  semua 16 pasukan, seperti yang ditunjukkan untuk acara-acara utama yang lain ".

Lowy juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Asutralia dan Komanwel untuk sokongan mereka. "Kami melakukan kerja dengan lima Kerajaan untuk menganjurkan AFC Asian Cup 2015 Australia. Sokongan dan kepakaran mereka tidak ternilai, "katanya.

comment via Facebook

Viral Like Control Manager