Saturday, October 6, 2012

Selangor tumpas di Kota Bharu

Farhan meraikan jaringan tunggalnya pada malam tadi

Video Highlight:Kelantan 1-0 Selangor

Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad IV selepas berjaya menewaskan Selangor 1-0 dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia.
Ramai mejangkakan perlawanan ini satu perlawanan yang hangat memandangkan kali terakhir mereka bertemu pada saingan Liga Super, terdapat insiden pergaduhan yang melibatkan Amri Yahyah, Bunyamin Umar dan Mohamad Ghaddar.
Jangkaan benar apabila sebilangan kad kuning telah dilayangkan termasuk satu kad merah pada babak kedua perlawanan.
Selangor memulakan perlawanan dengan baik apabila Amri Yahya membuat hantaran cantik kepada Bosko Balaban namun tendangannya melambung tinggi seawal minit ke-4.
Susulan serangan pasukan pelawat, pasukan tuan rumah mengatur strategi dan melakukan serangan balas namun percubaan Nurul Azwan Roya berjaya ditepis oleh Mohd Azlan Razali pada minit ketujuh.
Pasukan tuan rumah tidak berputus asa apabila melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu Selangor. Namun percubaan Ghaddar dan Azwan Roya terus ke dalam dakapan penjaga gol Selangor.
Pada babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain importnya, Ghaddar hampir mencemaskan kem pasukan pelawat, namun tendangan lencongnya dari jarak 15 meter berjaya didakap kemas oleh Azlan.
Asakan dari Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila gerakan menarik Norfarhan Muhammad berjaya menewaskan penjaga gol Selangor pada minit ke-63.
Selangor terus dihimpit tekanan apabila Nasriq Baharom dilayangkan kad merah atas kekasaran merbahaya terhadap Nurul Azwan Roya pada minit ke-64.
Berbaki 12 minit terakhir, Selangor masih terus melancarkan serangan tetapi kekebalan benteng pertahanan tuan rumah menafikan hasrat The Red Giants menyamakan kedudukan sekali gus menggagalkan misi anak buah Irfan untuk menamatkan badi kekalahan ketika beraksi di stadium keramat itu.
Kelantan akan bertandang ke Stadium Shah Alam pada 12 Oktober ini untuk saingan separuh akhir kedua yang juga penentuan siapa yang akan ke final Piala Malaysia.

sumber: ESPNSTAR.my
Photo:  Gawang.my
Dapatkan hadiah wang tunai bernilai RM5 000 sehingga RM10 000 di sini http://sy.my/3nfw
Dapatkan voucher Dutch Lady untuk anda RM50 di sini http://sy.my/3rwc

comment via Facebook

Viral Like Control Manager