Tuesday, October 9, 2012

Kelayakan AFF Suzuki Cup 2012: Timor Leste mengambil alih kedudukan teratas

Video Highlight: T.Leste 3-1 Laos

YANGON (9 Okt 2012) - Timor Leste lebih hampir ke kejohanan berprestij Piala AFF Suzuki Pusingan Akhir selepas memperolehi kemenangan kedua mereka dalam pertandingan kelayakan di Youth Training Centre di sini malam tadi. Timor Leste, yang membelasah Kemboja tetapi tewas kepada Myanmar dua hari lalu, mengalahkan Laos 3-1 malam ini untuk mengambil alih kedudukan teratas liga.

Menang 5-1 ke atas Kemboja pada hari pembukaan telah memberikan mereka purata gol yang lebih baik berbanding Myanmar yang juga mempunyai enam mata tetapi kini jatuh dikedudukan kedua dalam liga. Brunei, yang sebelum ini telah mengalahkan Kemboja, kini ketiga dengan tiga mata. Manakala Laos berada di tempat ke empat liga dan Kemboja menduduki kedudukan paling tercorot tanpa sebarang mata.


"Ia satu perlawanan yang penting bagi kami untuk menang malam ini," kata Emerson Alcantara, ketua jurulatih Timor Leste. "Kami memenangi mata penuh untuk kali kedua dan mencerahkan peluang kami untuk pusingan seterusnya."

Dalam perlawanan malam tadi, Timor Leste tidak bermula dengan aksi yang menarik tetapi membawa hasil lewat separuh masa pertama apabila dihadiahkan sepakan penalti dan disempurnakan oleh Murilo Almeida. Mereka menukar rentak pada separuh masa kedua dan telah dihadiahkan dengan dua gol melalui Adelino Oliveira dan Alan Pinheiro pada minit-50 dan minit-83.

Laos menunjukan aksi yang baik kerana mereka mempunyai fizikal lebih tinggi tetapi mereka cuma berjaya mendapatkan satu gol melalui Visay Phaphouvanh pada minit ke-76.

Walaupun Laos bermain dengan baik, kini Laos agak sukar untuk mengejar Timor Leste yang mempunyai enam mata selepas tiga perlawanan.

"Ini adalah perlawanan yang sukar ketika menentang Timor Leste," . "Sekarang kami tiada pilihan kami perlu menang untuk dua perlawanan selepas ini." kata Kokichi Kimura, ketua jurulatih Laos.

comment via Facebook

Viral Like Control Manager