Friday, December 10, 2010

Malaysia Tidak Bercadang Menggunakan Khidmat Import

MALAYSIA tidak bercadang untuk menggunakan khidmat pemain dari negara lain untuk mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan mengambil jalan pintas dalam program pembangunan atlet dan mahu melahirkan atlet bertaraf dunia daripada kalangan rakyat tempatan.

“Program pembangunan atlet kita pada masa ini berjalan dengan baik. Walaupun kita tidak menggunakan khidmat pemain atau atlet dari luar, kita masih boleh mencapai kejayaan.

“Buktinya ialah pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia baru-baru ini. Kedudukan kita merupakan yang terbaik di kalangan negara-negara ASEAN yang ada antara mereka menggunakan khidmat pemain dari luar yang diberi kerakyatan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Kompleks Sukan Bukit Jalil semalam.

Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan wakil media Indonesia mengenai kemungkinan Malaysia menggunakan khidmat pemain bola sepak dari luar untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang sedang berlangsung, Indonesia menggunakan khidmat dua penyerang asing yang baru diberikan kerakyatan iaitu Cristian Gonzales kelahiran Uruguay dan Irfan Bachdim kelahiran Belanda manakala Singapura juga mempunyai beberapa pemain dari luar.

Ahmad Shabery berkata, walaupun program sedemikian pernah dijalankan semasa Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998, usaha itu telah dihentikan.

“Rakyat lebih gemar kita bangunkan dan lahirkan atlet kita sendiri. Kesannya (hasil) lebih berpanjangan dan kurang bergantung pada orang luar juga lebih baik,” katanya.

Dalam Piala Suzuki AFF, selaku naib juara Kumpulan A, Malaysia akan menghadapi juara Kumpulan B iaitu Vietnam pada 15 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di tempat lawan tiga hari kemudian.
Juara kumpulan A Indonesia pula akan menentang Filipina dalam satu lagi separuh akhir.

“Saya menyeru seluruh masyarakat untuk beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini dan sama-sama memberi sokongan kepada pasukan negara,” kata Ahmad Shabery.


sumber: Bernama

Monday, December 6, 2010

Khyril mahu tebus kesilapan


PEMAIN sayap skuad kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri bertekad untuk menebus kegagalannya menjaringkan gol ketika bertemu Thailand, Sabtu lalu.

Pada aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Jaka Baring, Palembang malam ini, Khyril, 23, sudah bersedia untuk menampilkan aksi terbaiknya jika diturun- kan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal.

"Jika beraksi esok (malam ini), harap rezeki untuk menjaringkan gol memihak kepada saya dan rakan-rakan sepasukan lain. Saya sendiri sudah lama tak menjaringkan gol untuk Malaysia setelah berehat panjang akibat kecederaan sebelum ini.

Sunday, December 5, 2010

AFF Suzuki Cup 2010: Malaysia dalam keadaan Genting




Perlawanan antara Malaysia-Thailand terikat seri 0-0 ketika kedua-dua pasukan beraksi dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan A, Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, sabtu lalu.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 99 minit itu, Thailand banyak menguasai permainan dan sering kali berjaya membelah benteng pertahanan Malaysia. Namun setiap percubaan dilakukan sering tersasar dan tidak disempurnakan dengan baik oleh penyerang Thailand.

Skuad Malaysia yang dianggap bernasib baik dalam perlawanan itu juga, harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat yang bekerja keras menyelamatkan rembatan bertubi-tubi pemain Thailand.

Kegopohan dan kecuaian pertahanan skuad negara ketika bertemu Indonesia baru baru ini, dilihat sekali lagi berlaku dalam perlawanan kali ini.

Malaysia turut beberapa kali berpeluang menjaringkan gol tetapi ia gagal disempurnakan akibat berlaku salah faham antara pemain, dan pada minit akhir khyril muhymeen zamri gagal menyempurnakan peluang yang terhidang kerana tampanan beliau tersasar.

Sekiranya, Malaysia mahu meneruskan kemaraan, mereka harus menang besar terhadap pertemuan dengan Laos nanti.

Malaysia kini berada di kedudukan merbahaya dalam kumpulan A dengan memiliki hanya satu mata dan satu jaringan dalam dua perlawanan, manakala Thailand memiliki dua mata.

Kini Indonesia memiliki 6 mata dan mendahului dalam kumpulan A. Dalam perlawanan terakhir nanti, Malaysia mungkin mengharapkan Thailand akan seri ataupun kalah dengan Indonesia, untuk Malaysia melayakan diri ke separuh akhir.


Kumpulan A










oleh: wargasoccer

Wednesday, December 1, 2010

AFF Suzuki Cup: Keputusan dan Kedudukan semasa dalam kumpulan A





Keputusan perlawanan pertama













Kedudukan semasa dalam kumpulan A

AFF Suzuki Cup: Keputusan dan Kedudukan semasa dalam kumpulan A

Keputusan Perlawanan Pertama



Kedudukan semasa Kumpulan A


Kelantan dan Kedah Hampir Ke Akhir Piala Emas Raja-Raja

Skuad Piala Emas Raja Raja Kedah
RAMZUL (kiri) diasak pemain Terengganu pada aksi separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu kelmarin. 


KELANTAN menghampiri sasaran melangkah ke final Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja selepas menundukkan Terengganu 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di Kota Bharu, malam kelmarin.

Juara 12 kali itu sukar menembusi benteng Terengganu pada separuh masa pertama tetapi menemui sentuhan selepas masa rehat dengan menghasilkan tiga gol dalam tempoh 35 minit terakhir.

Dengan kekalahan itu, Terengganu dilihat berdepan tugas sukar biarpun akan melayan Kelantan di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu Isnin depan.

Aksi kelmarin, berlangsung dalam keadaan kurang sempurna ekoran keadaan padang yang becak disebabkan oleh musim hujan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur ketika ini.

Begitu pun, dua jaringan daripada penyerang, Mohd. Aris Zaidi meletakkan pemain itu sebagai wira Kelantan manakala satu gol yang disumbangkan Mohd. Ramzul Zahini meletakkan tuan rumah dalam keadaan selesa untuk melangkah ke final buat kali ketujuh dalam tempoh 10 tahun.


Malaysia Kena Bedil

JAKARTA – Skuad bola sepak kebangsaan menerima tamparan hebat apabila tewas 1-5 di tangan Indonesia pada aksi pertama peringkat Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 semalam.

Turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan, skuad kendalian K. Rajagobal itu dilihat terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Indonesia.
Bagaimanapun, pada aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu, anak-anak buah Rajagobal berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.


comment via Facebook

Viral Like Control Manager