Wednesday, July 13, 2011

Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Emirates??

13 Julai 2011-Satu detik bersejarah bagi peminat Arsenal di Malaysia kerana kelab kesayangan mereka turun beraksi di Bukit Jalil menentang pasukan Harimau Malaya.

Seperti yang dijangkakan oleh rakyat Malaysia, SNBJ akan berubah menjadi lautan merah seperti simbul warna bagi pasukan Arsenal. Tidak hairanlah perkara ini berlaku kerana sebelum ini pun jelajah Asia dari kelab Mancherster United pada tahun 2009 telah membuktikan bahawa pengaruh EPL di Malaysia sangat kuat.



Apa yang menjadi pelik semalam, kenapa rakyat Malaysia yang meminati pasukan Arsenal perlu memakai baju Arsenal? kerana dalam perlawanan ni Arsenal menentang pasukan Malaysia. Mengapa warna kebanggaan Malaysia iaitu Hitam Kuning hanya nampak sedikit sahaja berbanding warna Merah Putih? adakah Arsenal menentang pasukan Malaysia di Emirates?. Ok la tu kan, ada jugak rakyat Malaysia yang pakai baju Malaysia, memang tabik spring kepada yang memakai baju Malaysia pada malam tu.

Sebenarnya baju tu bukan menjadi persoalan sangat, tapi persoalan yang hendak dirungkaikan tentang semangat anak Malaysia terhadap pejuang Negara. Tak kisah la kalau nak pakai jersi apa pun, sebagai anak Malaysia kita perlu lebih atau dahulukan Negara kita.

Apa yang berlaku semalam, setiap kali pemain Malaysia rebah di tengah padang mereka akan diperlekehkan dengan bermacam cara, jika anda menonton perlawanan semalam anda mesti sedar semasa Aidil dikasari Chamakh dan rebah di tengah padang mereka "Boooo" Aidil, mengapa perlu "Booo" adakah Aidil tu bukan rakyat Malaysia? ataupun yang "Booo" tu bukan rakyat Malaysia? Tapi yang pastinya, peminat Arsenal yang pergi menonton perlawanan semalam di SNBJ adalah sebahagian besar rakyat Malaysia.

Tak mungkin lah kalau bukan rakyat Malaysia sekalipun yang ciput dalam stadium tu "Booo" dengar macam puluhan ribu punya bunyi.

Anda pernah terfikir tak, jika anda berada di tempat pemain Kebangsaan kita kemudian anda diperlekehkan oleh rakyat anda sendiri? apa yang anda rasa? adakah anda akan rasa lebih bersemangat?? dan adakah anda rasa hina?

So, selepas ni kalau anda nak pakai baju apa pun, tu anda punya hak tapi lebih baik berbaju Malaysia la sebab jelajah asia dari kelab EPL semuanya menentang pasukan Negara kan. Cuma satu permintaan kami dari anak Malaysia yang sayangkan Malaysia, jangan la nak menghina pasukan Negara kami kalau anda anggap pasukan Malaysia tu musuh anda. Kerana anda perlu ingat anda pon ber "IC" biru seperti kami rakyat Malaysia.

Kalau boleh tu berpijak la di bumi yang nyata, kalau anda minat sekali pun dengan kelab EPL tu, utamakan lah dahulu pasukan Malaysia sebab kita semua rakyat Malaysia pegang "IC" warna yang sama. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s untuk peminat Liverpool dan Chelsea juga :)


Tahniah PASUKAN MALAYSIA
Tahniah PENYOKONG MALAYSIA



oleh: wargasoccer
credit: gambar honey isyqi corporation

Wednesday, March 23, 2011

Razali Umar mungkin digantung

Razali Umar Kandasamy
IPOH, - Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) yang sudah bosan dengan Razali Umar Kandasamy mungkin mengambil keputusan menggantung pemain penyerang ini yang turut gagal menghadiri latihan sejak 9 Mac lalu.

Masalah pemain ini dikatakan akan turut menjadi agenda mesyuarat pengurusan Pafa minggu depan.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang khabar berita daripada Razali walaupun dia cuba dikesan.

Sebelum "missing in action", hanya satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang dikatakan diterima oleh seorang pegawai pasukan daripada pemain itu yang menyatakan dia mengalami cirit birit dan tidak dapat turun berlatih.

"Razali tidak pernah menghubungi saya sejak kehilangannya diperkatakan pada 9 Mac lalu," kata Zainol Fadzi kepada pemberita di sini hari ini.

Kegagalan Razali menghadiri latihan menyebabkan dia diketepikan dalam satu perlawanan Liga Super dan dua perlawanan suku akhir Piala FA.

"Kita tidak tahu masalah yang dihadapi oleh penyerang ini. Ia akan menjadi salah satu agenda mesyuarat pengurusan Pafa minggu depan," kata Zainol Fadzi.

Beberapa ahli Majlis Pafa sebelum ini telah mencadangkan supaya penyerang berusia 25 tahun ini dikenakan tindakan yang lebih keras.

Pada awal musim, Pafa telah memotong gaji Razali selama dua bulan kerana gagal menghadiri latihan selama tiga minggu.

"Kalau hukuman potong gaji pun tidak menginsafkan Razali, hukuman penggantungan mungkin akan menyedarkannya," kata seorang ahli majlis Pafa sebelum ini.



Sumber: BERNAMA

Monday, March 21, 2011

Teka-Teki Terjawab

Mohd Azraai Khor Abdullah
Segala teka-teki sebelum ini telah pun terjawab di mana bekas ketua jurulatih Kedah 2004 hingga 2009 dan Harimau Muda iaitu Mohd Azraai Khor Abdullah sudah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.

Selepas pembebasan beliau dari FAM ramai penyokong bola sepak di Malaysia tertanya tanya tentang ke manakah pasukan yang bakal dilatih oleh Azraai dan semestinya harapan penyokong Kedah untuk melihat anak Kedah yang pernah membawa kejayaan pasukan Kedah menjadi "Double Treble" akan kembali bersama Kedah.

Semalam 21 Mac Azraai telah pergi ke Negeri Sembilan untuk perbincangan kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, dan beliau telah mempersetujui kontrak itu selama dua tahun. Azraai diambil untuk menggantikan Wan Jamak berdasarkan rekod pencapaian beliau, pengalaman dan kepakaran beliau dalam melatih pasukan lain sebelum ini.

Faktor Azraai ke Negeri Sembilan adalah disebabkan kesungguhan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan ingin melihat kejayaan dan kecemerlangan pasukan itu dalam liga tempatan.

Kini semestinya harapan penyokong Negeri Sembilan adalah ingin melihat kejayaan skuad itu bersama Azraai. Dan rakyat Kedah mengharapkan kejayaan yang akan dicapai oleh Mohd Azraai Khor Abdullah akan dapat dikongsi bersama rakyat Kedah kerana Azraai adalah seorang anak jati Kedah yang menjadi orang penting dalam skuad rusa itu pada masa sekarang.

oleh: wargassocer
selasa, 22 Mac 2011

Sunday, March 20, 2011

Azraai Khor ke Negeri Sembilan?

21 mac 2011-  Berita mengenai penghijarahan bekas jurulatih kedah dan harimau muda ke negeri sembilan sudah pun menular di merata-rata page kelab penyokong Kedah.

Pada jam 9.00 malam, 20 Mac 2011 satu sesi peminat bersama Azraai Khor telah dilakukan di dinding profile pembaca berita dan pengulas sukan RTM Hafizal Hamad. Sesi bersama Azraai dilakukan kerana berita mengenai beliau ke Negeri Sembilan telah pun tersebar dengan cepat di dalam laman sosial Facebook.

Ramai peminat setia hijau kuning menunjukkan reaksi yang amat mengecewakan terhadap KFA kerana tidak melamar Azraai selepas beliau dilepaskan dari kontrak FAM baru-baru ini,  boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Kedah mengharapkan beliau akan bersama Kedah kembali. Selain pada itu, ramai juga reaksi penyokong Kedah yang banyak memberi sokongan kepada Azraai untuk lebih berjaya walau di mana beliau berada untuk melatih pasukan yang beliau kendalikan dan mengharapkan beliau mengharumkan nama negeri Kedah.

Tetapi seperti mana yang kita tahu, Azraai telah menyatakan di dalam akhbar dan media elektronik yang beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil KFA utk membawa beliau kembali ke dalam pasukan Kedah untuk melatih skuad Kenari. Sedangkan wakil dari PBNS lebih awal menghubungi beliau selepas dibebaskan oleh FAM, untuk berbincang mengenai kontrak dan sebagainya bersama Negeri sembilan.

Dan pada masa itu juga, Azraai pernah mengeluarkan kenyataan diakhbar mengenai syarat jika beliau bersama Kedah kembali. Syarat yang sangat mudah iaitu beliau mengharapkan kerjasama dari pihak pengurusan KFA dan bukan dengan sikap "Cukup apa yang ada".

Dalam sesi bersama Azraai itu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Jason Marz telah bertanyakan soalan kepada Azraai berbunyi seperti "adakah coach tidak merasa rugi apabila pasukan Kedah di barisi pemain-pemain yang cukup hebat tetapi tidak dapat menerajui kembali?", jawapan yang diberikan oleh Azraai adalah "Memang saya rasa bagitu rugi....tapi ada kah harus saya saja rasa begitu ???What about KFA ???".




Wednesday, March 16, 2011

Presiden KFA-Jangan hanya salahkan Khazali


Presiden KFA Datuk Seri Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR - Di sebalik desakan penyokong supaya Datuk Khazali Din berundur, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mempertahankan kedudukan pengurus tersebut.
Azizan yang juga Menteri Besar berkata, Khazali tidak boleh dipersalahkan di atas kemerosotan prestasi pasukan Hijau Kuning.

"Kalau kita ada pengurus yang baik tetapi mungkin pemain tidak baik. Kita tidak boleh tengok salah seorang sahaja kerana jika pasukan kalah, salah jurulatih, kerana pasukan kalah, salah pengurus, pemain pula macam mana?
"Atau mungkin ada pemain yang bagus dan ada yang tidak bagus, kita akan tengok perkara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darulaman di sini, semalam.

Beliau mengulas rasa tidak puas hati penyokong Kedah terhadap keputusan KFA mengekalkan pengurus pasukan tersebut, di sebalik kemerosotan pasukan Kedah.

Desakan penyokong agar pengurus dan jurulatih pasukan itu berundur, membawa kepada pertukaran jurulatih yang kini dipikul oleh Radhi Mat Din, setelah ketua jurulatih Ahmad Yusof direhatkan.

Kedudukan Khazali pula dikekalkan oleh Jawatankuasa Eksekutif KFA yang bermesyuarat sebulat suara menolak hasrat beliau untuk melepaskan jawatan tersebut sehari selepas Kedah kepada Felda United dalam saingan Piala FA, baru-baru ini.

Kejayaan Kedah menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan saingan Liga Super Sabtu lalu juga gagal mengubat kekecewaan penyokong, apabila ada yang berdemonstrasi sejurus tamat perlawanan tersebut mendesak Khazali berundur.

Azizan memberi jaminan untuk mempertimbangkan pandangan dan desakan penyokong tersebut.
"Kita akan timbangkan segalanya, kita hargai pandangan orang ramai demi kejayaan pasukan Kedah dan keselesaan semua pihak," katanya lagi.

Presiden PBNS mula 'naik angin'

Datuk Seri Mohamad Hasan

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sudah tidak boleh berdiam diri lagi melihatkan prestasi skuad Hoben Hang Hoben sejak kebelakangan ini.
Justeru, beberapa keputusan drastik akan diambil oleh PBNS termasuk merombak, merehat, menggantung dan menyingkirkan mana-mana pegawai dan pemain yang gagal menunjukkan permainan yang diharapkan.
Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar kecil) berkata, beliau dan penyokong Negeri Sembilan sudah hilang sabar melihat persembahan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu yang semakin merudum.
“Saya dan seluruh penyokong juga sudah hilang sabar kerana kita ada ramai pemain berpotensi di setiap posisi.
“Satu tindakan drastik perlu diambil kerana ada yang tidak kena dengan pasukan ini.

Harimau Muda A dapat lampu hijau tangguh perlawanan

KELANA JAYA, - Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memutuskan untuk meminda tiga perlawanan membabitkan Harimau Muda A dalam Liga Super. 

Jadual itu membabitkan aksi menentang Terengganu di tempat lawan (14 Jun), Sabah di Stadium Shah Alam (17) dan Pahang di Stadium Darul Makmur (21 Jun) ke bulan Julai. 

FAM menganggap pindaan itu tidak akan menjejaskan dan mempengaruhi jadual perjalanan Liga Super yang lain. 

Keputusan itu bagi membolehkan Harimau Muda A menumpukan perhatian kepada kempen pusingan kedua kelayakan Olimpik yang dijangka berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd Amin itu menjelaskan final Piala FA yang jatuh pada 11 Jun depan berdasarkan taklimat awal musim berkemungkinan akan diadakan di Shah Alam. 

Ini berikutan proses membaiki trek gelanggang pilihan sebelum ini, Stadium Bukit Jalil hanya akan selesai pada Julai nanti.

5 pemain Malaysia Piala AFF dari Kedah diberi tanah


ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian ganjaran satu lot tanah kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mengumumkan perkara itu, berkata, tanah seluas 1.7 hektar di Pokok Sena akan dibahagikan kepada lima pemain berkenaan.
"Kita akan bahagi lot-lot itu untuk setiap seorang pemain secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.
Selain tanah, lima pemain iaitu pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan turut menerima ganjaran sebanyak RM5,000 seorang pada awal Januari lalu.

Sumber: Bernama

Tuesday, March 15, 2011

"Sukan Terbaik Hanya di RTM' hanya gah pada nama"

LAMAN Facebook yang dibuka dan dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia'.



PARA peminat sukan tempatan nampaknya seperti sudah hilang sabar apabila Radio dan Televi- syen Malaysia (RTM) masih terus gagal menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2011 sehingga malam tadi.

Selepas berlalu tujuh perlawanan Liga Super yang bermula pada 29 Januari lalu tanpa sebarang perlawanan pun disiarkan secara langsung oleh RTM, aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi turut gagal disiarkan.

Malah aksi final Kejohanan Badminton Seluruh England yang menemukan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada awal pagi kelmarin, turut tidak disiarkan secara langsung oleh RTM yang sering melaungkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'.

Kecewa dengan sikap acuh tak acuh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tentang soal siaran langsung sukan tempatan itu, satu laman Facebook yang dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia' telah dibuka.

Mungkinkah Azraai kembali ke Kedah?

Mohd azraai Khor Abdullah
Seperti mana yang kita tahu, pada tahun 2009 jurulatih kedah yang telah mencipta nama di negerinya sendiri dengan gelaran "Double Treble" telah menggemparkan seluruh penyokong setia hijau kuning dengan berita beliau meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Sebab dan alasan beliau adalah kerana kemerosotan pasukan yang dibawa beliau ketika itu dalam kempen Liga Super dan Piala Malaysia. Kemudian masalah yang menyebabkan beliau meninggalkan pasukan kedah juga kerana masalah jentera serangan yang kurang menyerlah disebabkan kecederaan beberapa pemain, seperti khyril muhymeen ketika itu terpaksa rehat panjang akibat menjalani pembedahan lutut.

Selain pada itu, masalah utama beliau disebabkan tiada kerjasama dengan pihak pengurusan, pada masa itu Pengurus Datuk Khazali Din memegang tampuk pimpinan pengurusan pasukan Kedah. Dalam video di bawah Azraai mengatakan "Haris Safwan menghubungi saya sendiri dan menyatakan sanggup datang bermain di kedah, apabila perkara tersebut dimaklumkan kepada pengurusan langsung tidak dapat kerjasama dari pihak pengurusan".



Dan selepas beliau meninggalkan pasukan kedah, beliau telah berhijrah untuk menabur bakti pada pasukan muda kebangsaan, ketika itu beliau membimbing pasukan Harimau Muda ke Slovakia bersama jurulatih Azman Eusof.


Prestasi merudum bukan faktor sabotaj

SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib menolak sebarang dakwaan prestasi hambar Skuad Kenari disebabkan ketidakpuasan hati pemain terhadap pengurusan. 

Menurutnya, masalah itu tidak timbul kerana setakat ini hubungan antara pemain, jurulatih dan pengurusan KFA adalah baik, gaji dan kebajikan pemain tidak pernah diabaikan. 

“Saya yakin tiada unsur sabotaj oleh pemain atau tidak beri komitmen dalam permainan sebagai tanda protes kepada pengurusan KFA. 

“Pemain tidak pernah membangkitkan sebarang isu tidak memuaskan hati mereka,” katanya, ketika ditemui pada majlis ramah mesra bekas pemain dan pemain Liga Super di lobi Stadium Darul Aman. 

Hamdan berkata, semua pemain sentiasa dipantau dari semua aspek, termasuk cubaan mana-mana pihak yang mahu mencemari pasukan dengan unsur rasuah. 

“Kita sudah teliti dan buat siasatan, hasilnya tiada pemain Kedah disabitkan dengan rasuah sepanjang musim ini. 

“Walaupun pemain bersih daripada gejala itu, namun kita tetap buat pemantauan ketat supaya mereka tidak terjebak,” katanya. 

Menurutnya, bagi mengembalikan semangat pemain yang sedikit terjejas berikutan prestasi merudum dan pada masa sama kehilangan jurulatih, Ahmad Yusuf, KFA mengambil keputusan mengadakan program motivasi kepada pemain. 

“Pemangku jurulatih, Radhi Mat Din sudah mengadakan pertemuan dengan pemain supaya dapat mencetuskan kembali semangat mereka. 

“Esok KFA akan mengadakan mesyuarat membincangkan mengenai kemenangan pasukan dan kedudukan jurulatih,” katanya. 

Hamdan meminta penyokong lebih bersikap positif, dan tidak memberi tekanan kepada pemain, sebaliknya bersabar supaya anak buah Ahmad itu mampu kembali kepada prestasi sebenar.


Sumber: Sinar Harian Online

Khazali enggan layan desakan letak jawatan

“Saya tidak mahu layan desakan peminat.” Itu reaksi Pengurus Pasukan Liga Super Kedah, Datuk Khazali Din ketika ditanya berhubung desakan penyokong Hijau Kuning yang mahu beliau meletak jawatan sebagai pengurus. 

Menurutnya, peminat diminta menemui Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekiranya benar-benar tidak berpuas hati.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan wujud campur tangan pihak ketiga yang mahu menjatuhkannya. 

“Saya tidak akan berundur dan terus menjalankan amanah sebagaimana diarahkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. 

Khazali berkata, penyokong Kedah perlu bersikap rasional dan tidak menuding jari kepada sesuatu pihak kerana ia tidak menyelesaikan masalah. 

“Terdapat penyokong yang mendesak KFA melantik semula bekas pengurus, Datuk Othman Aziz. Tetapi, mereka sudah lupa KFA diterajui Menteri Besar Kedah yang sama sekali berbeza aliran politik dengan Othman. 

“Saya kasihan dengan Ahmad Yusof (Jurulatih Kedah) kerana beliau disalahkan sepenuhnya oleh penyokong walaupun mengundur diri secara rela hati,” katanya. 

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan hasrat Khazali untuk meletak jawatan sebagai pengurus sehari selepas kekalahan Kedah pada saingan Piala FA di tangan Felda United, namun tidak dibenarkan KFA.




Sumber: Sinar Harian Online

Monday, March 14, 2011

24 pemain dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan mulai 21 Mac

Senarai pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan skuad kebangsaan:

Kedah:

Amar, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre


Selangor:
Azidan Sarudin, Amirulhadi, Asraruddin, Safiq


Negeri Sembilan:
Ahmad Fakri, Aidil, Farizal, S. Kunanlan

Terengganu:

Ashaari, Sharbinee


Kelantan:
Chanturu, Khairul Fahmi, Rizal Fahmi, Norshahrul

Harimau Muda:

Izzaq, Muslim, Fadhli, Gurusamy, Mahalli

Johor FC:

Shahrizal

*muka baru - Rizal Fahmi (Kelantan) dan Azidan Sarudin (Selangor)

Skuad bola sepak B-15 ke Slovakia

PETALING JAYA, Skuad bawah 15 tahun kebangsaan dijemput untuk menimba pengalaman dengan mengadakan latihan di Slovakia tahun depan, kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau berkata undangan kepada FAM itu merupakan penghargaan ke atas kejayaan skuad kebangsaan menjulang Piala AFF-Suzuki baru-baru ini.

"FAM melihat perkara ini sebagai satu peluang terbaik untuk pemain muda mendapat pendedahan di luar negara. Kita harap penyertaan itu akan memberi hasil yang baik suatu hari nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal FAM di sini hari ini.

Sebelum ini, FAM pernah menghantar skuad bawah 21 tahun beraksi di Liga Slovakia pada Februari hingga Mei tahun lepas untuk mempelajari dan mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan serta pengalaman bermain di liga peringkat tinggi negara itu.

Tengku Abdullah berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan mengenai kedudukan jurulatih dalam skuad kebangsaan.

Sunday, March 13, 2011

Penyokong Desak Lagi

Sebelum ceq mulakan cerita ceq, ceq nak mintak maaf sbb dah lama ceq tak update blog ceq, insyaALLAH lepas ni ceq akan update selalu tentang bola sepak Kedah dan Malaysia. Ok....ceq mulakan dengan......

Assalammualaikum..

Seperti mana yang kita tahu, sejak kebelakangan ni prestasi pasukan Kedah amat mengecewakan penyokong-penyokong setia Hijau Kuning. Selepas kecundang kepada Felda United dalam saingan Piala FA  minggu lepas, seramai 1000 orang penyokong Kedah telah berkumpul di hadapan stadium darul aman untuk mendesak Pengurus dan Ketua jurulatih Kedah agar berundur dari pasukan Kedah.

Keesokan harinya, amat kecoh di dalam akhbar,dalam media elektronik dan di dalam laman sosial tentang isu demontrasi penyokong Kedah mahukan pengurus dan ketua jurulatih berundur. Selepas beberapa hari berita mengenai jurulatih kedah telah pun keluar di dalam media cetak dan elektronik yang mengatakan ketua jurulatih Kedah Haji Ahmad Yusof direhatkan dari melakukan sebarang tugas kejurulatihan ke atas pasukan kedah.

Kemudian, isu baru pula timbul. Dalam akhbar-akhbar di Malaysia yang bertarikh 10 mac 2011, satu kenyataan yang agak kurang profesional bagi saya, iaitu kenyataan dari Pengurus Kedah Datuk Khazali Din yang mengatakan "MEREKA YANG BERKUMPUL DAN MEMBUAT BISING UNTUK MENDESAK BELIAU DAN HJ AHMAD YUSOF, ADALAH PEMINAT BUKAN PENYOKONG, JIKA PENYOKONG MEREKA AKAN MENGGUNAKAN SALURAN YANG BETUL" .


Kenyataan yang dikeluarkan beliau itu amat memedihkan hati penyokong setia Sang Kenari. Mereka menganggap Datuk Khazali tidak menghormati suara penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Kedah. Menjadi tanda tanya kepada penyokong jika mereka menggunakan saluran yang betul, adakah suara mereka akan didengari oleh pihak KFA?.


Dan pada malam 12 Mac selepas perlawanan Liga Super Kedah bertemu Terengganu, di mana kemenangan berpihak kepada pasukan Kedah dengan jaringan kedah 2-1 terengganu, 
sekali lagi lebih kurang 100 orang penyokong setia Sang Kenari berkumpul di hadapan stadium darul aman untuk membantah dan ingin menangkis kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Khazali itu. Kain rentang yang bertulis "TAK MAU DATUK KHAZALI" dipegang oleh beberapa orang penyokong bagi menyampaikan suara mereka kepada pihak KFA.


Demontrasi aman di hadapan Stadium Darul Aman

Dalam pada itu khabar angin bertiup kencang mengatakan, kemerosotan pasukan kedah adalah berpunca dari Pengurus Kedah itu sendiri. Dan itu membuatkan lagi penyokong kedah amat terangsang untuk mendesak Datuk Khazali berundur.


Apa yang ingin disampaikan, penyokong kedah mengharapakan orang-orang yang berkepentingan dalam KFA, jika ingin mengeluarkan kenyataan tidak kira di akhbar, TV mahupun di laman sosial, anda perlulah menjaga hati majoriti ataupun penyokong, bukan mengeluarkan kenyataan yang boleh memuaskan hati anda sahaja. Kerana penyokong adalah sebahagian aset untuk Persatuan anda.


Apa pun penyokong setia Hijau Kuning mengharapkan keputusan yang terbaik dari KFA untuk menyelesaikan masalah yang dialami sekarang dan dengar suara hati penyokong yang sayangkan pasukan bola sepak Kedah. Mungkin jika mereka tidak sayangkan pasukan bola sepak Kedah, mereka ini tidak akan mengambil berat tentang kemerosotan yang dialami sekarang. 


sekian dari saya...


created time: 6:57 am
Date: 14 Mac 2011



comment via Facebook

Viral Like Control Manager