KELANA JAYA, - Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memutuskan untuk meminda tiga perlawanan membabitkan Harimau Muda A dalam Liga Super.
Jadual itu membabitkan aksi menentang Terengganu di tempat lawan (14 Jun), Sabah di Stadium Shah Alam (17) dan Pahang di Stadium Darul Makmur (21 Jun) ke bulan Julai.
FAM menganggap pindaan itu tidak akan menjejaskan dan mempengaruhi jadual perjalanan Liga Super yang lain.
Keputusan itu bagi membolehkan Harimau Muda A menumpukan perhatian kepada kempen pusingan kedua kelayakan Olimpik yang dijangka berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan.
Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd Amin itu menjelaskan final Piala FA yang jatuh pada 11 Jun depan berdasarkan taklimat awal musim berkemungkinan akan diadakan di Shah Alam.
Ini berikutan proses membaiki trek gelanggang pilihan sebelum ini, Stadium Bukit Jalil hanya akan selesai pada Julai nanti.