Friday, December 10, 2010

Malaysia Tidak Bercadang Menggunakan Khidmat Import

MALAYSIA tidak bercadang untuk menggunakan khidmat pemain dari negara lain untuk mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan mengambil jalan pintas dalam program pembangunan atlet dan mahu melahirkan atlet bertaraf dunia daripada kalangan rakyat tempatan.

“Program pembangunan atlet kita pada masa ini berjalan dengan baik. Walaupun kita tidak menggunakan khidmat pemain atau atlet dari luar, kita masih boleh mencapai kejayaan.

“Buktinya ialah pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia baru-baru ini. Kedudukan kita merupakan yang terbaik di kalangan negara-negara ASEAN yang ada antara mereka menggunakan khidmat pemain dari luar yang diberi kerakyatan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Kompleks Sukan Bukit Jalil semalam.

Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan wakil media Indonesia mengenai kemungkinan Malaysia menggunakan khidmat pemain bola sepak dari luar untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang sedang berlangsung, Indonesia menggunakan khidmat dua penyerang asing yang baru diberikan kerakyatan iaitu Cristian Gonzales kelahiran Uruguay dan Irfan Bachdim kelahiran Belanda manakala Singapura juga mempunyai beberapa pemain dari luar.

Ahmad Shabery berkata, walaupun program sedemikian pernah dijalankan semasa Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998, usaha itu telah dihentikan.

“Rakyat lebih gemar kita bangunkan dan lahirkan atlet kita sendiri. Kesannya (hasil) lebih berpanjangan dan kurang bergantung pada orang luar juga lebih baik,” katanya.

Dalam Piala Suzuki AFF, selaku naib juara Kumpulan A, Malaysia akan menghadapi juara Kumpulan B iaitu Vietnam pada 15 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di tempat lawan tiga hari kemudian.
Juara kumpulan A Indonesia pula akan menentang Filipina dalam satu lagi separuh akhir.

“Saya menyeru seluruh masyarakat untuk beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini dan sama-sama memberi sokongan kepada pasukan negara,” kata Ahmad Shabery.


sumber: Bernama

Monday, December 6, 2010

Khyril mahu tebus kesilapan


PEMAIN sayap skuad kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri bertekad untuk menebus kegagalannya menjaringkan gol ketika bertemu Thailand, Sabtu lalu.

Pada aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Jaka Baring, Palembang malam ini, Khyril, 23, sudah bersedia untuk menampilkan aksi terbaiknya jika diturun- kan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal.

"Jika beraksi esok (malam ini), harap rezeki untuk menjaringkan gol memihak kepada saya dan rakan-rakan sepasukan lain. Saya sendiri sudah lama tak menjaringkan gol untuk Malaysia setelah berehat panjang akibat kecederaan sebelum ini.

Sunday, December 5, 2010

AFF Suzuki Cup 2010: Malaysia dalam keadaan Genting




Perlawanan antara Malaysia-Thailand terikat seri 0-0 ketika kedua-dua pasukan beraksi dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan A, Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, sabtu lalu.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 99 minit itu, Thailand banyak menguasai permainan dan sering kali berjaya membelah benteng pertahanan Malaysia. Namun setiap percubaan dilakukan sering tersasar dan tidak disempurnakan dengan baik oleh penyerang Thailand.

Skuad Malaysia yang dianggap bernasib baik dalam perlawanan itu juga, harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat yang bekerja keras menyelamatkan rembatan bertubi-tubi pemain Thailand.

Kegopohan dan kecuaian pertahanan skuad negara ketika bertemu Indonesia baru baru ini, dilihat sekali lagi berlaku dalam perlawanan kali ini.

Malaysia turut beberapa kali berpeluang menjaringkan gol tetapi ia gagal disempurnakan akibat berlaku salah faham antara pemain, dan pada minit akhir khyril muhymeen zamri gagal menyempurnakan peluang yang terhidang kerana tampanan beliau tersasar.

Sekiranya, Malaysia mahu meneruskan kemaraan, mereka harus menang besar terhadap pertemuan dengan Laos nanti.

Malaysia kini berada di kedudukan merbahaya dalam kumpulan A dengan memiliki hanya satu mata dan satu jaringan dalam dua perlawanan, manakala Thailand memiliki dua mata.

Kini Indonesia memiliki 6 mata dan mendahului dalam kumpulan A. Dalam perlawanan terakhir nanti, Malaysia mungkin mengharapkan Thailand akan seri ataupun kalah dengan Indonesia, untuk Malaysia melayakan diri ke separuh akhir.


Kumpulan A










oleh: wargasoccer

Wednesday, December 1, 2010

AFF Suzuki Cup: Keputusan dan Kedudukan semasa dalam kumpulan A





Keputusan perlawanan pertama













Kedudukan semasa dalam kumpulan A

AFF Suzuki Cup: Keputusan dan Kedudukan semasa dalam kumpulan A

Keputusan Perlawanan Pertama



Kedudukan semasa Kumpulan A


Kelantan dan Kedah Hampir Ke Akhir Piala Emas Raja-Raja

Skuad Piala Emas Raja Raja Kedah
RAMZUL (kiri) diasak pemain Terengganu pada aksi separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu kelmarin. 


KELANTAN menghampiri sasaran melangkah ke final Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja selepas menundukkan Terengganu 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di Kota Bharu, malam kelmarin.

Juara 12 kali itu sukar menembusi benteng Terengganu pada separuh masa pertama tetapi menemui sentuhan selepas masa rehat dengan menghasilkan tiga gol dalam tempoh 35 minit terakhir.

Dengan kekalahan itu, Terengganu dilihat berdepan tugas sukar biarpun akan melayan Kelantan di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu Isnin depan.

Aksi kelmarin, berlangsung dalam keadaan kurang sempurna ekoran keadaan padang yang becak disebabkan oleh musim hujan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur ketika ini.

Begitu pun, dua jaringan daripada penyerang, Mohd. Aris Zaidi meletakkan pemain itu sebagai wira Kelantan manakala satu gol yang disumbangkan Mohd. Ramzul Zahini meletakkan tuan rumah dalam keadaan selesa untuk melangkah ke final buat kali ketujuh dalam tempoh 10 tahun.


Malaysia Kena Bedil

JAKARTA – Skuad bola sepak kebangsaan menerima tamparan hebat apabila tewas 1-5 di tangan Indonesia pada aksi pertama peringkat Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 semalam.

Turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan, skuad kendalian K. Rajagobal itu dilihat terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Indonesia.
Bagaimanapun, pada aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu, anak-anak buah Rajagobal berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.


Wednesday, November 24, 2010

AFC Annual Awards - Malaysian PM ‘honoured’ to receive AFC award.




Malaysian Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak feels ‘deeply honoured’ to receive Asian football’s highest accolade – Diamond of Asia.



The AFC Diamond of Asia was conferred on Dato’ Sri Najib Tun Razak at the AFC Annual Awards gala at the Sunway Hotel Resort and Spa on Wednesday.

“I am deeply honoured to be the recipient of the 2010 Diamond of Asia award. My passion for football extends beyond my close observation of matches,” Najib told the-afc.com

“The sport has much to offer beyond its entertainment value and has been a mainstay of Malaysian culture from our earliest days as a nation.”

“To me, football is more than just a game. It shows a group dynamic. For a football team to succeed, all players in the team, irrespective of their positions and skills, need to work together and play as a team. However great the footballers are as individual players, victory can only be achieved through teamwork.

Tuesday, November 23, 2010

Belenggu Kecederaan Memaksa Rajagobal Panggil Tiga Muka Baru

Kecederaan pemain memaksa FAM menghantar surat rayuan kepada Majlis Jawatankuasa Piala Suzuki AFF bagi mendaftarkan tiga pemain baru.

Indra Putra Mahayuddin dari pasukan Kelantan, Thamil Arasu (Harimau Muda B) dan Razman Roslan (Selangor) menjadi pilihan K. Rajagobal untuk mencorak formula baru pasukan kebangsaan untuk menghadapi kejohanan tersebut.

Dalam senarai kecederaan pemain termasuklah Ahmad Fakri Saarani Morhafiz Zamani Misbah. Begitupun peluang Mohd Nasriq Baharom, Azmi Muslim dan Baddrol Bakhtiar masih lagi bergelut dengan kecederaan.

Selain menunggu keputusan daripada penganjur, jurulatih itu juga berhasrat untuk mendapatkan pandangan daripada pasukan negeri tiga pemain baru tersebut kerana mereka juga perlu memenuhi kriteria yang dikehendaki Rajagobal.

Ini kerana pasukan Malaysia tidak punya banyak masa kerana sepak mula kempen Piala Suzuki AFF akan bermula pada 1 Disember dengan aksi sulung bertemu dengan tuan rumah, Indonesia.

Sumber: Astro Arena

Monday, November 22, 2010

Skuad Kedah 2011 Mantap

Dengan Kehadiran beberapa pemain ternama ke kedah, akan memantapkan lagi skuad kedah musim hadapan. Pemain yang telah menyertai latihan skuad kedah sejak 20 november lalu iaitu Firdaus Fauzi bekas penyerang terengganu kelahiran kedah. Firdaus Faudzi 23 tahun, akan memperkuatkan lagi jentera serangan kedah bersama Azlan Ismail, Shakir Ali dan Khyril Muhymeen Zamri.


Md. Firdaus Md. Fauzi

Selain Firdaus Faudzi, Fauzi Nan yang dulunya pernah bersama kedah, kini kembali dan akan menyarung jersi hijau kuning musim hadapan. Fauzi Nan telah berhijrah dari perlis ke kedah, beliau juga telah menyertai latihan skuad kedah. Dengan kembalinya Fauzi Nan ke kedah, beliau akan membantu memperkukuhkan lagi bahagian pertahanan kedah dan akan menjadikan kubu kedah sebagai benteng yang sukar untuk dilepasi oleh pasukan lawan. Benteng kedah akan diperkukuhkan dengan Khairul Helmi Johari, V. Thirumurugam, Fazliata Taib, Shahril Faizal, Azmi Muslim, Shafizan Hasim dan lain-lain.


Fauzi Nan mengasak pemain kelantan


Seorang lagi pemain baru yang bakal bersama kedah musim hadapan adalah Amar Rohidan. Amar Rohidan sekarang berusia 23 tahun, beliau juga berhijrah dari perlis ke kedah. Seorang pemain yang lincah di bahagian tengah. Kemungkinan beliau akan mengemudi bahagian tengah bersama-sama pemain tengah kedah yang masih kekal seperti fauzi shaari, badrol bakhtiar, faizal abu bakar dan lain-lain, dan ini terletak kepada kebijaksanaan pengendali kedah iaitu Ahmad Yusof jurulatih yang akan membimbing kedah pada musim hadapan. Sekarang beliau tidak dapat lagi menyertai latiahan bersama skuad kedah, diberitakan nama beliau tersenarai untuk menyertai skuad Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2010 di Indonesia awal bulan hadapan.


Skuad sukan SEA 2009, Amar Rohidan, Bahagian belakang hujung di sebelah kanan


Ada suara yang mengatakan. kedah akan mencari lagi tiga muka baru untuk dibawa masuk ke dalam pasukan kedah bagi mengharungi musim 2011 nanti. Untuk mengetahui senarai skuad kedah yang akan berjuang pada musim hadapan, sama-sama kita nantikan pada awal bulan hadapan, kerana pendaftaran pemain untuk mengharungi Liga Malaysia akan di umumkan pada bulan hadapan.

Jika dilihatkan dari senarai nama pemain-pemain kedah yang kekal mahupun yang baru, penyokong kedah mungkin tidak teragak-agak untuk mengatakan, bahawa pasukan kedah akan membawa pulang satu kejuaraan dari tiga gelaran juara utama yang dipertandingkan. Dengan mempunyai penggempur yang mantap, pemain tengah yang lincah, pertahanan yang kebal ini akan meyakinkan lagi penyokong dan pasukan untuk mengembalikan salah satu kejuaraan yang dipertandingkan. Semua ini bergantung kepada pengendali kedah ataupun ketua jurulatih kedah iaitu Hj. Ahmad Yusof. Penyokong kedah mengharapkan jurulatih kedah akan memperkemaskan pasukan untuk musim 2011 agar kejuaraan yang diperolehi oleh pasukan dapat dikongsi bersama rakyat kedah dan penyokong setia hijau kuning.


Oleh: wargassoccer
Gambar credit: jeebsion

Dollah Salleh kekal Bersama Pahang & R. Surendran Berhijrah Ke Pahang


Dollah Salleh sah kekal sebagai jurulatih skuad bola sepak Pahang musim 2011, dengan matlamat sekurang-kurangnya membawa pulang satu daripada tiga gelaran juara dalam saingan Piala Malaysia, Liga Super atau Piala FA. Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh mengesahkan semua pemain Pahang musim lalu dikekalkan, kecuali Darma Raju yang menyertai Selangor, manakala Nik Zul Aziz Nawawi dan Hasmizan Kamarodin berhijrah ke Terengganu.





Pahang turut menerima kehadiran dua penyerang Selangor, R. Surendran dan anak bekas jurulatih dan penyerang Pahang, Zainal Abidin Hassan, M. Zaiza Zainal untuk menajamkan jentera serangan.
"Dollah Salleh kekal sebagai jurulatih dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menetapkan matlamat untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala musim depan," katanya. Dollah dan sebahagian besar pemain musim lalu serta dua penyerang Selangor itu sudah mendapat lampu hijau daripada Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah untuk memulakan latihan.

Kemasukan dua penyerang Selangor itu sebahagian usaha Pahang mengatasi kelemahan yang agak ketara sehingga terpaksa meminjam penyerang Johor, Mohd. Faizol Hussain, dalam saingan Piala Malaysia.
Tiada perubahan besar di semua posisi, kecuali kepincangan barisan hadapan yang memerlukan sekurang-kurangnya seorang penyerang terbaik untuk mengecap kejayaan lebih membanggakan.

"Pahang berjaya mendapatkan dua penyerang, iaitu seorang penyerang berpengalaman, sementara seorang lagi penyerang muda yang mampu di bentuk sebagai penggempur berbisa" katanya. Skuad kendalian Dollah Salleh berjaya berada menduduki kelompok lapan pasukan teratas Liga Super, serta layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas tewas tipis kepada Johor FC, mampu lebih menonjol musim depan.

Sebahagian besar pemain Pahang berusia dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun kecuali ketua pasukan , Jalaludin Abu Jaaafar yang dilihat masa terbaik untuk mereka mencapai kemuncak prestasi. Che Nasir yakin, barisan muda Pahang yang agak gementar dalam saingan peringkat tinggi seperti saingan suku akhir di hadapan puluhan ribu penyokong musim lalu, diharap mampu tampil dengan lebih berkeyakinan.
"Pemain muda Pahang sudah banyak menimba pengalaman dan mereka semakin menunjukkan peningkatan musim lalu dan prestasi mereka di harap benar-benar memuncak di musim ini, " katanya.

Pahang masih mencari pemain berpengalaman bagi membentuk skuad yang lebih berjaya berbanding musim lalu untuk mencapai matlamat yang dipertaruhkan kepada Dollah dan anak buahnya.

Thursday, November 18, 2010

Pemain Kelantan Terima Bonus Dan Kenaikan Gaji

Pemain dan pihak pengurusan Kelantan meraikan kejuaraan TM Piala Malaysia 2010

Pemain Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia baru-baru ini bakal mendapat 'durian runtuh'. 'Durian runtuh' berjumlah kira-kira RM1 juta yang berupa bonus dan kenaikan gaji mulai bulan ini dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan pihak swasta itu diumum presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa.

"Kesemua mereka akan menerima bonus ini pada bulan ini juga. Pemberian bonus dan kenaikan gaji ini adalah sangat wajar selepas menjuarai Piala Malaysia," katanya selepas Majlis Sambutan Aidiladha bersama media di Kompleks Kafa di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kenaikan gaji yang melibatkan kos keseluruhannya kira-kira RM500,000 setiap bulan bermula bulan ini juga dianggap wajar sebagai dorongan agar pemain meningkatkan prestasi pada kempen Liga Malaysia musim baru ini.

Annuar berkata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akan mengumumkan pemberian insentif berbentuk wang tunai yang dijangka melebihi RM300,000 selepas beliau pulang daripada menunaikan haji di Mekah.

Sementara itu, Anuar berkata Liga Malaysia musim baru ini menyaksikan Kelantan menggugurkan tiga pemain lama iaitu bekas penjaga gol, Halim Napi, Che Hishamudin Hassan (penyerang) dan Sarudi Aziz (pertahanan).

Mereka akan digantikan tiga pemain muda yang berkaliber iaitu bekas pemain Johor FC, Nurul Azwan Roya, Mat Aziz Ismail (KL Plus) dan bekas pemain Perlis, Kay So Ley.

"Hairuddin Omar dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula diberi pilihan sama ada mahu menyertai pasukan lain atau terus bersama Kelantan pada musim baru ini," katanya.

Annuar berkata kontrak ketua jurulatih B. Sathianathan juga akan disambung dan Kafa akan mendapatkan seorang lagi jurulatih kecergasan bagi memantapkan pasukan.

Sumber: Bernama
Gambar, Kredit: Pok Nik Kelate.Net

Kelincahan Wan Kuzain Wan Kamal Wonderkid 10 (Anak kecil berdarah Malaysia)

Wan Kuzain Wan Kamal




Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai seorang anak kecil berbakat besar di dalam dunia bola sepak. Anak kecil ini bernama Wan Kuzain Wan kamal, seorang pemain bola sepak di Amerika Syarikat. Wan kuzain di lahirkan pada September 1998 dan sekarang sudah menjangkau umur 12 tahun. Bapanya Wan Kamal seorang anak Malaysia yang berhijrah ke Amerika Syarikat dan ibu nya pula rakyat Amerika Syarikat.

Anak kecil ini seorang pemain bola yang lincah dan mempunyai kemahiran mengawal bola yang boleh dikatakan sama level dengan pemain bola profesional di dunia. Dengan menggunakan kaki kiri sahaja, sekali imbas permainannya seperti Lionel Messi. Nama pemain licik ini sering disebut sebut di Amerika Syarikat kerana sering kali menarik perhatian dengan aksi-aksi memukau beliau ketika bermain mewakili sekolahnya di Amerika syarikat. Dengan aksi yang memkau ini Wan Kuzain telah mendapat gelaran "Wonderkid" di sana.

Beberapa kelab di Utara Amerika sudah merancang untuk menawarkan kontrak kepada beliau. Tidak mustahil anak kecil ini suatu hari nanti akan menyarung jersi Malaysia, ini kerana ia memenuhi syarat FIFA bahawa bapanya seorang rakyat Malaysia dan tidak mustahil juga ia menyarung jersi Amerika Syarikat kerana beliau di lahirkan di Amerika. Syarikat.


Tapi menjadi persoalan di sini, adakah pihak yang berkenan mahu membawa pulang atau berjumpa dengan bapa Wan Kuzain untuk membincangkan tentang masa depan Wan Kuzain? sama-sama kita bertukar pendapat sesama kita agar anak kecil ini akan berjaya kelak.


Oleh: wargasoccer

Wednesday, November 17, 2010

Berikan masa kepada K. Rajagobal untuk membentuk pasukan

K. Rajagopal antara jurulatih terbaik yang berjaya membimbing pasukan Malaysia sekarang ini


Bekas jurulatih pasukan Sabah Kelly Tham berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memberikan masa yang mencukupi kepada jurulatih skuad bola sepak negara K.Rajagobal untuk membina sebuah pasukan yang mantap, yang mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata walaupun kalah kepada pasukan hebat Asia seperti Jepun, Iran dan China dalam Sukan Asia di Guangzhou, Malaysia mempamerkan semangat juang yang mantap semasa berhadapan dengan pasukan-pasukan itu.

Bekas jurulatih yang menjadi tokoh utama dalam membimbing Sabah memenangi Piala FA pada 1995 berkata pasukan negara juga menampilkan persembahan yang cukup memberangsangkan semasa menewaskan Kyrgyzstan 2-1 dalam saingan Kumpulan A.

Katanya beliau yakin Rajagopal, yang menerajui pasukan Malaysia untuk memenangi pingat emas dalam Sukan SEA baru-baru ini, akan dapat membangunkan sebuah pasukan bola sepak yang mantap dalam masa dua tahun lagi.

"Pertukaran jurulatih yang kerap tidak akan berkesan. Kejayaan takkan datang dengan pantas, adakalanya ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.

Beliau yang menyuarakan sokongan kepada jurulatih tempatan untuk membimbing pasukan bola sepak negara berkata, budaya Malaysia berbeza daripada lain-lain negara, dan adalah lebih mudah bagi jurulatih tempatan untuk membimbing pasukan negara.

"Perlu beri peluang kepada jurulatih tempatan yang faham dengan budaya tempatan untuk melatih pemain negara, dan menyemai kejayaan dalam pertandingan-pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa," katanya.

Malaysia pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik pada tahun 1980 selepas menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan kelayakan, namun persembahan bola sepak negara pada tahun-tahun kemudiannya mulai hambar.

Sumber: Bernama

Monday, November 15, 2010

Perak Mungkin Hilang Penyerang Muda Berbisa



Shahrizal ketika bermain di sukma



KELEWATAN Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bertindak menyaksikan pasukan Seladang kemungkinan hilang khidmat penyerang muda, Shahrizal Saad kepada pasukan lain.
Menurut sumber, adik bekas pemain pertahanan negeri, Syamsol Saad itu sudah memeterai perjanjian dengan sebuah pasukan selatan tanah air gara-gara Pafa tidak menunjuk minat untuk menggunakan khidmatnya.

“Shahrizal berminat menyarung jersi Perak untuk musim akan datang tapi tidak menerima maklum balas mengenai kedudukannya hingga kini.
“Berikutan itu dia sudah mengikat perjanjian dengan pasukan terbabit,” katanya.

Menurut sumber itu, pemergian Shahrizal yang ketika ini adalah kapten skuad Piala Emas Raja-Raja Perak pasti merugikan negeri selepas usaha membangunkan pemain itu dilaksanakan sekian lama.

“Saya yakin banyak wang dibelanjakan untuk melahirkan seseorang pemain tetapi alangkah ruginya segala usaha itu apabila pemain dipikat pasukan lain,” katanya.

Beliau juga mempertikai tindakan Pafa mengambil kembali khidmat pemain kuda tua bagi menghadapi kempen Liga M musim 2011.

Skuad Piala AFF Suzuki Mantap




SKUAD bola sepak kebangsaan yang pincang sepanjang kempen Sukan Asia 2010 bakal diperkuatkan dengan 10 pemain tambahan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia bermula 1 Disember depan.

Mereka terdiri daripada Safee Sali, Ashaari Shamsuddin, Baddrol Bakhtiar, Sabre Mat Abu, Nasriq Baharom, Azmi Muslim, Halim Zainal, Khairul Helmi Johari serta dua penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias.

Nama mereka berada dalam senarai 30 pemain yang didaftarkan bersama-sama baki 20 pemain yang membawa cabaran negara di Guangzhou, China.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, skuad negara mungkin akan pulang ke tanah air pada hari ini atau esok sebelum latihan pusat dijangka bermula pada Isnin depan. "Inilah pemain yang telah saya daftar. Tetapi kita tidak akan dapat mengguna- kan khidmat Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani yang cedera teruk. "Cuma saya harap pemain-pemain yang tidak dibawa ke Sukan Asia akibat kecederaan seperti Baddrol, Sabre, Nasriq, Azmi dan Sharbinee sudah kembali pulih untuk ke menghadapi Piala AFF Suzuki.

"Saya juga berharap agar S. Chanthuru tidak mengalami kecederaan hamstring serius ketika perlawanan tadi (semalam)," kata Rajagobal selepas pertemuan dengan Iran petang semalam.
Bagi aksi Kumpulan A nanti, Malaysia akan bertemu tuan rumah, Indonesia (1 Disember), Thailand (4 Disember) dan perlawanan terakhir dengan Laos pada 7 Disember.

Sumber: Kosmo Online

Monday, September 27, 2010

Malaysia Cup Group Standings 2010






Group A


Group B







Group C







Group D

Ulangan final Sukan SEA 2009

SKUAD negara gigih menjalani latihan menjelang aksi menentang Vietnam malam ini.

BARISAN KEMUNGKINAN:
Sharbinee Allawee Ramli, Sabre Mat Abu, Aidil Zafuan Radzak, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, Ahmad Fakri Saarani, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali.


SKUAD bola sepak kebangsaan bakal berdepan ujian getir apabila turun bertemu tuan rumah, Vietnam pada perlawanan sulung Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City malam ini.

Bukan pasukan lawan yang digeruni anak-anak buah K. Rajagobal itu, namun mereka perlu berdepan puluhan ribu penyokong Vietnam yang pastinya masih menyimpan dendam terhadap skuad negara.

Puncanya, Malaysia telah menewaskan Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA 2009 di Laos pada 17 Disember lalu hasil jaringan sendiri Mai Xuan Hop ketika cuba mengeluarkan bola sepakan Safiq Rahim.

Para penyokong Vietnam jelas cukup kecewa kerana pada aksi peringkat kumpulan sebelum itu, Vietnam berjaya menundukkan Malaysia 3-1 pada aksi yang diganggu keputusan kontroversi pengadil.

Justeru pertembungan malam ini pasti akan menjanjikan saingan yang hebat apabila kedua-dua pasukan sudah tentu bersemangat untuk membuktikan mereka lebih hebat.

13 daripada 20 pemain Malaysia pada Sukan SEA 2009 dibawa ke Vietnam bersama tujuh pemain baru iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Faizal Abu Bakar, Fandi Othman, Fadhli Shas, Gary Steven Robbat, Izzaq Faris Ramlan dan Safee Sali.

Vietnam juga masih mengekalkan majoriti pemain pada Sukan SEA 2009 seperti Mai Tien Thanh, Hoang Dinh Tung, Nguyen Thai Duong, Chu Ngoc Anh, Nguyen Ngoc Anh dan Pham Minh Duc.

Namun Rajagobal tidak mahu terlalu memikirkan tentang dendam yang disimpan pasukan tuan rumah itu, sebaliknya menggesa para pemainnya menampilkan aksi konsisten menjelang Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China November depan.

"Saya tidak mahu meletakkan apa-apa sasaran untuk kejohanan di Vietnam ini. Saya lebih berminat untuk melihat konsistensi para pemain secara berterusan.

"Tidak guna juga jika kita berjaya muncul juara pada kejohanan ini tetapi apabila tiba kejohanan sebenar nanti mereka gagal mencapai tahap yang dikehendaki.

"Apa pun saya tetap mahu melihat perkembangan dan peningkatan prestasi para pemain saya pada tiap-tiap perlawanan bermula dengan aksi bertemu Vietnam ini," kata Rajagobal.

Sumber: Kosmo Online
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

Wednesday, September 1, 2010

Kemanakah Penyokong kita?

Assalamualaikum..


Ceq baru nak mulakan blog tentang bola sepak kenari iaitu pasukan Bola Sepak Kedah..
Di sini...ceq lebih nak menceritakan tentang penyokong-penyokong di Stadium Darul Aman..
Dan kemudian nya tentang Bola sepak Kedah dan Malaysia...



Seperti yang telah kita tahu, sejak pemain import telah di haramkan utk bermain di Malaysia pada tahun 2009, setiap stadium di mana ada perlawanan Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia..boleh dikatakan stadium setiap negeri lengang...di sini ceq nk fokus kan di darul aman ja..Stadium Darul Aman yg dulunya pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 adalah stadium yg paling ramai penyokong ketika itu...setiap perlawanan kapasiti stadium akan penuh, dan melebihi had..pada ketika itu kita boleh lihat...di penjuru penjuru tangga, di sudut stadium..dan di mana saja ada ruang...ruang itu akan dipenuhkan oleh penyokong kedah...tapi sedihnya selepas ketiadaan pemain import pada tahun 2009...Stadium darul aman...lengang dah jadi x macam tahun yg telah saya kata kan tadi...purata yg hadir ke stadium sekarang ini ketika ada perlawanan iaitu dari tahun 2009 hingg sekarang 2010 ialah 2000 orang ke 5000 org...jumlah ini amat lah kecil berbanding dengan tahun2 yg lepas iaitu pernah mencapai 45 000 org di Stadium darul aman...persoalannya di sini...adakah pemain import menjadi halangan utk kita hadir ke stadium? sebenarnya kita patot memberi sokongan yg lebih kepada pemain2 tempatan kerana mereka memerlukan sokongan dari rakyat sendiri utk terus maju....persoalan ke2..adakah EPL atau pon liga dari luar yg di tayangkan media sukan di ASTRO dan channel2 di Malaysia ni telah menjadikan anda lupa daratan bahawa anda berpijak di bumi Malaysia??x mungkin semua itu menjadi alasan anda utk hadir ke stadium..Contoh Kelantan, kenapa penyokong kelantan sentiasa penuhkan stadium depa?sebab rakyat kelantan sangat dalam mencintai negeri mereka...kenapa kita x boleh nk ikot rakyat kelantan ? kemudian, kenapa dulu era 80 an masih lg semi pro stadium kita sentiasa penuh? mungkin ketika itu bg sy, ramai yg berjiwa sayangkan negara dan bola sepak Malaysia tida seperti ank2 muda sekarang....Di sini dh menunjukkan ramai lg rakyat Malaysia di sini x lagi berpijak pada bumi yang nyata...tolong lah....kita sebagai Pecinta Bola Sepak Malaysia...sokong lah Bola Sepak kita...penuhkan lah stadium kita utk kita memartabatkan kembali era 80 dan awl  90 an dulu....kalau bukan kita yg hendak menyokong tiada siapa lg lah yg akn menyokong pasukan bola sepak kita..

comment via Facebook

Viral Like Control Manager