Sunday, December 5, 2010
AFF Suzuki Cup 2010: Malaysia dalam keadaan Genting
Perlawanan antara Malaysia-Thailand terikat seri 0-0 ketika kedua-dua pasukan beraksi dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan A, Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, sabtu lalu.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 99 minit itu, Thailand banyak menguasai permainan dan sering kali berjaya membelah benteng pertahanan Malaysia. Namun setiap percubaan dilakukan sering tersasar dan tidak disempurnakan dengan baik oleh penyerang Thailand.
Skuad Malaysia yang dianggap bernasib baik dalam perlawanan itu juga, harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat yang bekerja keras menyelamatkan rembatan bertubi-tubi pemain Thailand.
Kegopohan dan kecuaian pertahanan skuad negara ketika bertemu Indonesia baru baru ini, dilihat sekali lagi berlaku dalam perlawanan kali ini.
Malaysia turut beberapa kali berpeluang menjaringkan gol tetapi ia gagal disempurnakan akibat berlaku salah faham antara pemain, dan pada minit akhir khyril muhymeen zamri gagal menyempurnakan peluang yang terhidang kerana tampanan beliau tersasar.
Sekiranya, Malaysia mahu meneruskan kemaraan, mereka harus menang besar terhadap pertemuan dengan Laos nanti.
Malaysia kini berada di kedudukan merbahaya dalam kumpulan A dengan memiliki hanya satu mata dan satu jaringan dalam dua perlawanan, manakala Thailand memiliki dua mata.
Kini Indonesia memiliki 6 mata dan mendahului dalam kumpulan A. Dalam perlawanan terakhir nanti, Malaysia mungkin mengharapkan Thailand akan seri ataupun kalah dengan Indonesia, untuk Malaysia melayakan diri ke separuh akhir.
Kumpulan A
oleh: wargasoccer