Sunday, October 28, 2012

Harimau Muda tetap dicabar

PEMAIN Harimau Muda dicabar untuk meraih
kedudukan lebih baik dalam saingan Liga S.

ATAS kertas, misi Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan Liga Singapura 2012 (Liga S) musim ini tampak sukar dicabar mana-mana pasukan.
Selepas mengumpul 41 mata setakat ini, skuad kendalian Ong Kim Swee itu kini berada di tangga keempat liga dengan baki dua perlawanan, mengatasi Home United dan Balestier Khalsa yang kini di tangga kelima dan keenam.
Begitupun, Kim Swee mencabar anak-anak buahnya mempamerkan persembahan bertenaga untuk menamatkan saingan di kedudukan lebih baik berbanding misi asal mereka sebelum ini untuk menghuni tangga kelima liga.

Effa Owona sertai Terengganu

PENGURUS pasukan Terengganu,
Marzuki Sulong (kiri) bersalaman dengan Effa Owona (kanan)
 selepas majlis menandatangani kontrak pemain import
 bagi saingan Liga Malaysia musim depan
di Kuala Terengganu semalam.

PENYERANG import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang akan tamat kontrak dengan pasukan itu hujung bulan depan bakal mengetuai jentera serangan pasukan Terengganu musim depan.
Pemain berusia 29 tahun itu yang pernah beraksi dalam Liga Perancis dan Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga yakin dapat menunjukkan prestasi lebih baik apabila menganggotai skuad Terengganu kelak.
Keyakinan tersebut diluahkan penyerang kelahiran Cameroon itu yang berjaya merekodkan 24 jaringan daripada 30 perlawanan dalam tempoh semusim ketika bersama Negeri Sembilan.
“Saya juga kenal beberapa pemain di sini (Terengganu) dan saya yakin saya boleh melakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan sebelum ini,” katanya.

Saturday, October 27, 2012

Tiba masa Harimau Malaya 'mengaum'

IMBAS KEMBALI... Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia.
Menjelang detik tersebut, sama ada sedar atau tidak, bukan sedikit kata-kata ‘sumbang’ pengkritik bola sepak tempatan yang terpaksa ditelan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal sebenarnya.

Lumrah dalam bola sepak, ketika menang dipuja dan begitu jua sebaliknya.
Segala-galanya dikatakan bermula apabila Harimau Malaya ditunjukkan jalan keluar oleh seteru utama, Singapura di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada tanggal 28 Julai 2011.

Monday, October 22, 2012

Misi Malaysia pertahan juara

MAHALLI (dua dari kiri) turut tersenarai untuk menyertai latihan skuad Piala AFF Suzuki negara

SELEPAS sekian lama ‘bereksperimen’, pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal akhirnya mengumumkan senarai 35 pelatih bagi menggalas cabaran negara mempertahankan Piala AFF Suzuki yang bakal membuka tirainya November depan.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan 28 pelatih yang bakal menjalani latihan pusat di Wisma FAM bermula semalam.

Friday, October 19, 2012

Harimau Muda mara ke Final


Harimau Muda mara ke final Piala Newspaper buat pertama kalinya selepas menewaskan Thailand B21 1-0 hasil jaringan tunggal oleh Syahrul Azwari.
Skuad bimbingan Ong Kim Swee sekali lagi mempamerkan aksi menarik menentang Thailand B21 dan layak untuk ke final Piala Newspaper dan akan bertemu Vietnam Youth Newspaper Ahad ini.
Turun tanpa bek kanan, Azrif Nasrulhaq yang digantung satu perlawanan telah memaksa Ariff Farhan menggantikannya di posisi itu.

Thursday, October 18, 2012

Peluang Kelantan cipta trebel


KELANTAN kini berada di landasan yang cukup baik untuk merangkul piala ketiga dalam misi mereka mencipta sejarah sukan bola sepak negeri itu, sekali gus melengkapkan gelaran trebel musim ini.
Skuad yang mendapat jolokan The Red Warriors itu akan turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam malam esok.
Bagi ketua jurulatihnya, Bojan Hodak, pasukannya kini berada dalam keadaan bersedia tanpa sebarang kecederaan mahupun masalah fizikal dan mental kecuali penggantungan dua tonggak utamanya, Norfarhan Muhammad dan Mohammed Ghaddar.

Terengganu pilih Elavarasan

SIAPA ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak Terengganu akhirnya terjawab apabila E. Elavarasan diumumkan untuk menggalas tugas itu selepas kontraknya bersama Felda United tamat 30 November depan.
Biarpun skuad Penyu melalui tempoh sukar musim ini dengan pelbagai kontroversi termasuk penyingkiran khidmat dua jurulatihnya iaitu Mat Zan Mat Aris dan Peter Butler, namun ia tidak menggentarkan jurulatih kelahiran Klang, Selangor itu untuk menyahut cabaran.
Malah, bekas pemain Selangor itu menganggap tanggungjawab yang bakal digalasnya nanti sebagai satu cabaran dalam kariernya yang sebelum ini tidak berpeluang membimbing pasukan yang mempunyai nama besar.
"Ini adalah cabaran baharu untuk saya tetapi kita kena berusaha bagi mencapai prestasi seperti yang diharapkan," katanya.

Wednesday, October 17, 2012

Helang Rimba serang Stadium Shah Alam

Penyokong dan Pemain ATM FA meraikan kejayaan mereka melangkah
ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan
Kuala Lumpur: Kira-kira 20,000 penyokong dan peminat pasukan bola sepak Tentera dijangka membanjiri Stadium Shah Alam menyaksikan final Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Tentera, Lt Kol Abd Rahman Mahmud, berkata mereka kebanyakan anggota Tentera, keluarga mereka dan peminat setia pasukan dari seluruh negara.


Harimau Muda cemerlang

Syahrul Azwari cemerlang sempurnakan
dua gol sewaktu menentang Sydney FC
Skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee cemerlang di Vietnam selepas mereka menewaskan Laos bawah 21 dalam perlawanan pertama, kini giliran Sydney FC bawah 21 menjadi mangsa mereka.

Dalam perlawanan tersebut Harimau Muda bermula garang dengan serangan bertubi-tubi ke kubu lawan. Hasilnya terjadi pada awal permainan di mana Syahrul Azwari membuka tirai jaringan apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit keenam.

Harimau Muda yang mendahului perlawanan sekali lagi berjaya menghasilkan jaringan kedua melalui Syahrul Azwari diminit ke 18.

Sydney FC yang diasak bertubi-tubi oleh pasukan Harimau Muda, bangkit untuk cuba mengasak tetapi mereka gagal di mana pada minit ke30 Christopher gagal untuk meloloskan diri.

Tuesday, October 16, 2012

Tetap mahu ratah Sydney FC

Barisan pemain Harimau Muda tidak akan membiarkan gawang mereka
dirobek oleh Sydney FC hari ini.
SLOT separuh akhir kejohanan jemputan Newspaper Cup di Vietnam sudah pun berada di depan mata skuad Harimau Muda.

Selepas menewaskan Laos 4-2 dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B, Sabtu lalu, skuad kendalian Ong Kim Swee akhirnya sah ke separuh akhir tanpa menunggu aksi kedua menentang Sydney FC petang ini. Ia ekoran kejayaan Sydney FC menjinakkan Laos 2-1 kelmarin, sekali gus memadam cabaran Laos dalam kejohanan kali ini.

Tutup mulut pengkritik

Kesebelasan utama skuad Malaysia sewaktu menentang Hong Kong semalam
Goal Highlight: Hong Kong 0-3 Malaysia (tunggu 5 saat dan klik skip ads untuk terus menonton)

KEMARAU Harimau Malaya memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan sejak 2007, akhirnya ternoktah selepas menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Mongkok, Hong Kong malam tadi.
Apa yang pasti, kemenangan itu pastinya menutup mulut pengkritik yang sebelum ini meragui percaturan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
Pada perlawanan malam tadi, Harimau Malaya yang bermula garang begitupun kecewa apabila percubaan awal kapten, Mohd. Safee Sali terus ke dakapan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai pada minit ke-21.

Monday, October 15, 2012

Azraai Khor ke Perak?

Azraai Khor Abdullah pernah menjulang Mafla
Silver State Ultras ketika N. sembilan menentang perak
di Ipoh awal tahun ini
Berita mengenai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan Azraai yang baru-baru ini telah dikatakan tidak menyambung kontrak bersama PBNS, hari ini hampir terjawab.

Hari ini Azraai telah berbincang mengenai kontrak baru beliau bersama pasukan Perak FA untuk jawatan ketua jurulatih. Perak yang sebelum ini telah menyingkirkan Ketua Jurulatihnya Jang Jung kini sedang mencari jurulatih baru untuk mengemudi pasukan mereka pada musim hadapan.

Dalam perbincangan yang berlangsung pagi tadi, Azraai telah bersetuju dengan beberapa tawaran yang diberikan kepada beliau untuk bersama pasukan itu.

Sunday, October 14, 2012

"APEK" pemain termahal Malaysia?

Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat atau gelaranya "APEK" dikatakan telah mendapat tawaran lumayan dari sebuah pasukan di Selatan Tanah Air sebanyak RM3 juta untuk mendapatkan khidmat beliau bersama pasukan tersebut.

Tawaran yang diberikan kepada "Apek" telah tersebar di alam maya iaitu di laman twitter serta laman facebook sejak kebelakangan ini. Ada yang mengatakan "Apek" ditawarkan RM3 juta untuk diikat kontrak bersama pasukan tersebut dan pasukan itu akan menebus kontrak "Apek" daripada Kelantan FA sebanyak RM800 000.

Dalam kenyataan di dalam laman facebook tersebut ada mengatakan perbincangan itu akan dilakukan tidak lama lagi diantara pihak dari pasukan itu dengan pihak Kelantan FA, mungkin juga selepas tamat perlawanan akhir Piala Malaysia.


Bukit Jalil sudah bersedia - Datuk Azzuddin

Datuk Azzuddin
YANGON (14 Okt 2012) - Kebimbangan terhadap persediaan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk pertandingan pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2012 bulan depan telah dijelaskan oleh Datuk Azzuddin Ahmad setiausaha agung FA Malaysia (FAM) dalam mesyuarat Majlis AFF ke6 (untuk sesi 2011-2015).

Datuk Azzuddin berkata dalam mesyuarat Majlis AFF ke6 (untuk sesi 2011-2015), Stadium yang berkapasiti 100 000 itu, iaitu Stadium Nasional telah bersedia untuk digunakan dalam kejohanan istimewa di benua Asia Tenggara ini pada bulan hadapan.


Saturday, October 13, 2012

Azraai tinggalkan NS

Azraai mengambil keputusan tidak menyambung
kontrak bersama PBNS

TEKI-TEKI mengenai kedudukan ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah akhirnya terjawab semalam.
Bekas pengendali Kedah itu mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama pasukan tersebut yang akan berakhir November tahun ini.
Bagaimanapun Azraai berkata, keputusan untuk meninggalkan skuad Hoben Jang Hoben bukan berpunca daripada salah faham atau konflik dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Myanmar, Laos isi slot terakhir Piala AFF Suzuki 2012

Dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala AFF Suzuki 2012 semalam, tiga pasukan berentap untuk mengiringi Myanmar bagi memenuhi slot pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2012. Tiga pasukan tersebut Laos, Brunei dan Timor Leste. 

Myanmar yang sebelum ini telah mengesahkan tempat ke pusingan akhir dengan sembilan mata dalam tiga perlawanan awal bertemu Laos yang lebih memerlukan kemenangan dan mengharapkan Timor Leste tewas kepada Brunei.

Pada perlawanan semalam Laos bermain agak kemas dan asyik menyerang kubu Myanmar, tetapi gagal untuk menjaringkan sebarang gol pada babak pertama. 

Memasuki babak kedua, perlawanan nampak seimbang di mana kedua-dua pasukan asyik berbalas serangan. Lapan minit selepas babak kedua bersambung, Soukaphone pemain Laos mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi ketangkasan Thiha Si Thu penjaga gol Myanmar telah menafikan sepakan pemain itu.


Malaysia B21 bermula baik


Skuad Malaysia Bawah-21 memulakan saingan Piala Newspaper 2012 dengan baik selepas menumpaskan Laos B21 4-2 di Stadium Pleiku, Vietnam.
Oleh Aysha Ridzuan dari Stadium Pleiku
Ketiadaan pemain-pemain tonggak dari pasukan Harimau Muda telah memaksa jurulatih, Ong Kim Swee menurunkan

Thursday, October 11, 2012

Safee Sali Layak Wakili Malaysia

Safee Sali (kanan) bersama Greg Nwokolo dalam pasukan
Pelita Jaya
Dalam kebelakangan ini, isu Safee Sali yang tidak boleh mewakili Malaysia hangat diperkatakan oleh beberapa media tempatan dan peminat bola sepak Malaysia. Isu ini mengenai liga di Indonesia iaitu ISL yang dikatakan tidak diiktiraf oleh FIFA dan dikatakan sebagai "liga haram" di Indonesia, hanya IPL yang sah di bawah kendalaian Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI).

Seperti sedia maklum, Safee Sali penyerang skuad kebangsaan Malaysia bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia iaitu dalam Indonesia Super League (ISL). Dalam hal ini jika badan induk bola sepak dunia FIFA tidak mengiktiraf sebarang penganjuran bola sepak dalam sesebuah negara, maka penganjuran itu tidak sah dan setiap pegawai atau pemain juga tidak layak untuk menjalin kerjasama dengan negara mereka dalam sebarang pertandingan di bawah naungan FIFA.


Marlon wira ATM singkirkan Lions XII

Marlon Alex James (kiri) meraikan gol penyamaan menentang Lions XII bersama Marteloto
dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia
Video Highlight: ATM 1-1 Lions XII (penalti 5-4)

ATM hanya mampu seri 1-1 dalam dua perlawanan tetapi telah menewaskan LIONSXII 5-4 dalam tendangan penalti untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Pasukan tuan rumah telah memulakan perlawanan dengan hanya dua penukaran dalam kesebelasan utama yang telah beraksi di Stadium Jalan Besar pada perlawanan pertama. 

Zaquan Adha dan Irwan Fadzli membuat penampilan dan telah melancarkan serangan pertama pada minit ke 12 dengan baik sebelum melepaskan Christie Jayaseelan di sayap kiri tetapi tendangannya terlalu tinggi.
LIONSXII menindak balas dengan gerakan pada minit ke 22 dengan hantaran jauh Safirul Sulaiman kepada Shahril Ishak tetapi ketua pasukan Singa itu tidak mengambil kesempatan dan akhirnya diasak oleh Aidil Zafuan.

Safee terpaksa lupakan hasrat untuk AFF Suzuki November depan

Safee terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada piala AFF
Suzuki November depan

PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) digantung sementara oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan yang mendapat tempiasnya ialah penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan beliau telah menerima salinan surat penggantungan tersebut daripada PSSI yang turut melibatkan setiap pegawai dan pemain kelab Liga Super Indonesia.
Pemain yang bernaung di bawah Pelita Jaya juga tidak dibenarkan beraksi dengan skuad kebangsaan.

Wednesday, October 10, 2012

Malaysia B21 tanpa pemain tonggak


Pasukan Malaysia Bawah 21 akan ke Vietnam untuk saingan Piala Newspaper esok tanpa kelibat pemain tonggak yang cedera dan yang bersama skuad Harimau Malaya.
Malaysia pada awalnya diundi dalam Kumpulan B bersama Iraq dan Indonesia tetapi kedua-dua pasukan tersebut telah menarik diri dan telah diganti dengan pasukan dari Australia, Sydney FC dan pasukan Laos.
Bagi Kumpulan A pula yang pada mulanya melibatkan Vietnam, Singapura dan Syria telah digantikan dengan Thailand selepas Syria juga menarik diri.
Malaysia akan bertemu Laos pada Sabtu ini pada perlawanan pembukaan dan kemudian bertemu Sydney FC pada 17 Oktober. Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke separuh akhir pada 19 Oktober dan perlawanan akhir pada 21 Oktober.

ATM tekad akhiri penantian 46 tahun

Zulkifeli tiga dari kiri bergambar dengan skuad ATM pada majlis makan tengah hari di Hotel Quality, Shah Alam semalam


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berazam menamatkan penantian 46 tahun untuk layak ke final Piala Malaysia 2012.
Sebagai rekod, kali terakhir ATM mara ke pentas final Piala Malaysia ialah pada edisi 1966 yang ketika itu dikenali sebagai Piala H.M.S. Malaya.
Berdasarkan prestasi semasa, Presiden Persatuan Bola Sepak ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Yakin yakin skuad kendalian B. Sathianathan itu mampu beraksi di pentas final di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.
Bagaimanapun, ATM terlebih dulu harus melepasi ujian getir apabila berdepan dengan Lions XII pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Sembilan pemain utama Kedah kekal, (KFA) "Masih dalam rundingan"

Dari kiri Dato' Dr Hamdan Mohamad Khalib (setiausaha KFA)
YBhg Dato' Paduka Syed Unan Mashri (timbalan presiden KFA)
Datuk Khazali Din (Pengurus Kedah 2012)
Alor Setar(10 Oktober 2012)- Satu sidang media telah diadakan bagi pengumuman perancangan pasukan Kedah FA untuk musim 2013.

Antara yang disebutkan dalam sidang media tersebut adalah mengenai pemain yang kekal, tajaan bagi pasukan Kedah musim depan, pemain import, mengenai kedudukan pengurus, jurulatih dan pengambilan pemain tempatan.

Seperti yang dinyatakan dalam sidang media ini, YBhg Dato' Paduka Syed Unan selaku timbalan presiden Kedah FA telah mengumumkan nama sembilan orang pemain utama Kedah yang dikekalkan. Nama-nama berikut seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, khairul helmi, Fazliata, Amar Rohidan, Sabree Abu, Faizal Abu Bakar, Hadi Hamid dan Fiqri Mat isa, mereka akan bermain bagi menghadapi Liga Perdana 2013 musim depan.

Tuesday, October 9, 2012

Jurulatih mana berjaya seperti saya?

Mereka boleh bandingkan dengan mana-mana jurulatih kebangsaan sebelum ini, siapa yang pernah bawa Malaysia meraih kejuaraan seperti kejayaan kita menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan SEA 2009 selepas kali terakhir 1989 serta menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 1996.

Takkan apabila tewas 2-0 kepada Vietnam (11 September lalu) yang hanya perlawanan persahabatan dalam tempoh persiapan ke Piala Suzuki AFF 2012, peluang kita dianggap tertutup. Siapa tak nak buat yang terbaik. Saya akan cuba pastikan Malaysia mara sejauh yang boleh untuk mempertahankan kejuaraan, jelas Rajagobal.


K. Rajagopal: Peminat perlu realistik dan jangan desak saya

K.Rajagopal dalam sidang media AFF Suzuki Cup
Kuala Lumpur: Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetap majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan.

Demikian jawapan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika ditanya adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, 24 November hingga 22 Disember ini.


Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, peminat bola sepak tempatan perlu lebih realistik dan tidak terlalu mendesak, sebaliknya terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad Harimau Malaya yang masih dalam proses menjadi pasukan mantap di peringkat Asia. 


Sumber: Berita Harian

Komitmen pemain dituntut

RAJAGOBAL (kanan) mengendali latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini

KEKUATAN mental akan menjadi penentu kejayaan buat skuad Harimau Malaya pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.
Demikian tegas jurulatih, Datuk K. Rajagobal terhadap skuad bimbingannya itu menjelang aksi kelayakan kejohanan berprestij di Asia itu.
Rajagobal mahu barisan pemainnya bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai usaha mengangkat mutu bola sepak negara di pentas Asia.
“Kita akan membuat persediaan rapi untuk menghadapi Piala Asia 2015.
“Suka dimaklumkan bahawa saya mahu semua pemain berfikiran positif dan paling penting, pemain jangan takut untuk mengubah mentaliti mereka.

Selangor belum mengalah

Amri yahya akan memastikan gawang Kelantan akan digegarkan
pada separuh akhir kedua Piala Malaysia jumaat ini

PENGENDALI Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan Gergasi Merah masih memiliki peluang untuk menempah slot ke perlawanan akhir kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.
Meskipun dibolosi oleh Kelantan menerusi penyerang, Norfarhan Muhammad pada aksi separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu, Irfan kekal optimis skuadnya mampu memadamkan defisit jaringan tersebut di laman sendiri Jumaat ini.

Undian Piala Asia Australia 2015: Malaysia berada bersama Qatar, Yaman dan Bahrain dalam kumpulan D

Kedudukan pasukan dalam kumpulan
MALAYSIA akan menghadapi Qatar, Bahrain dan Yaman dalam kelayakan Piala Asia yang akan diadakan antara Februari 2013 hingga Mac 2014 selepas diundi dalam kelayakan  AFC Asian Cup Australia 2015 telah dilangsungkan di Melbourne hari ini.

Dua puluh pasukan yang ada telah diasingkan ke dalam lima kumpulan, setiap kumpulan mempunyai empat pasukan. Setiap pasukan akan bermain HOME dan AWAY antara Februari 2013 dan Mac 2014.

Pemenang dan naib juara setiap kumpulan akan layak untuk pusingan akhir Piala Asia bersama-sama dengan pasukan terbaik tangga ketiga dari kalangan semua kumpulan. 11 pasukan akan menyertai kelayakan automatik bersama Australia, Jepun, Republik Korea, Korea DPR dan juga bersama-sama dengan pemenang AFC Challenge Cup 2014.


Kelayakan AFF Suzuki Cup 2012: Brunei kembali kelandasan, Kemboja tiada peluang

Video Highlight: Kemboja 2-3 Brunei

YANGON (9 Okt 2012) - Brunei kembali kelandasan yang betul untuk mencerahkan peluang mereka beraksi dipusingan akhir Piala AFF Suzuki 2012 apabila menewaskan Kemboja 3-2 petang semalam.

Brunei mengalami kekalahan 1-0 kepada Myanmar dua hari lalu dan memerlukan tiga mata penuh hari ini untuk kekal dalam persaingan. Selepas ketinggalan dengan jarinagn Prak Udom Mony pada separuh pertama, Brunei bangkit kembali dan berjaya menjaringkan tiga gol hasil jaringan Md Aminuddin Zakhwan Tahir (56), Muhd ​​Helmi Zambin (63) dan Azwan Muhd ​​Salleh (70) untuk membuka laluan mereka ke pentas pusingan akhir.

Kelayakan AFF Suzuki Cup 2012: Timor Leste mengambil alih kedudukan teratas

Video Highlight: T.Leste 3-1 Laos

YANGON (9 Okt 2012) - Timor Leste lebih hampir ke kejohanan berprestij Piala AFF Suzuki Pusingan Akhir selepas memperolehi kemenangan kedua mereka dalam pertandingan kelayakan di Youth Training Centre di sini malam tadi. Timor Leste, yang membelasah Kemboja tetapi tewas kepada Myanmar dua hari lalu, mengalahkan Laos 3-1 malam ini untuk mengambil alih kedudukan teratas liga.

Menang 5-1 ke atas Kemboja pada hari pembukaan telah memberikan mereka purata gol yang lebih baik berbanding Myanmar yang juga mempunyai enam mata tetapi kini jatuh dikedudukan kedua dalam liga. Brunei, yang sebelum ini telah mengalahkan Kemboja, kini ketiga dengan tiga mata. Manakala Laos berada di tempat ke empat liga dan Kemboja menduduki kedudukan paling tercorot tanpa sebarang mata.


Monday, October 8, 2012

Piala Merdeka kembali tahun 2013

soh chin aun bersama piala merdeka cup pada tahun 1976
apabila menewaskan Jepun 2-0
Kejohanan bola sepak antarabangsa yang paling lama dianjurkan Malaysia, iaitu Piala Merdeka akan diadakan semula pada tahun 2013 selepas empat tahun terhenti.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menetapkan 19-31 Oktober tentatif untuk perlawanan tersebut.

Tahun terakhir Malaysia menjadi juara kejohanan ini adalah pada tahun 2007 di mana Malaysia B23 telah menewaskan pasukan Myanmar di bawah bimbingan B. Sathianathan. Dan tahun selepas itu Malaysia gagal untuk mempertahankan kejuaraan ini selepas Malaysia kalah dalam penentuan sepakan penalti dengan pasukan Vietnam B23.

Selain itu, FAM juga mengumumkan untuk mengekalkan 16 pasukan yang akan bertanding untuk Piala Malaysia 2013 hingga 2016.

Perlawanan kelayakan akan bermula pada 3 Oktober dan dijadualkan perlawanan akhir pada 26 Oktober.

By: MSIBJ

Pentas Akhir Piala Malaysia di Shah Alam

Keputusan telah dibuat, dari kiri Datuk Afandi Hamzah, Hamidin
dan setiausahan FAM Datuk azuddin Ahmad
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan bahawa Stadium Shah Alam akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Malaysia pada 20 Okt.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan telah memutuskan lokasi selepas mereka melawat Stadium Nasional di Bukit Jalil hari ini, Mereka mengharapkan stadium terbesar di negara ini boleh menjadi tuan rumah perlawanan akhir.


Sunday, October 7, 2012

MEMO FAM


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran kepada 10 pasukan Liga Malaysia supaya melangsaikan tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial dan cukai pendapatan pemain yang berjumlah RM2.1 juta sebelum 23 November depan.
Tarikh tersebut merupakan hari terakhir bagi pendaftaran pasukan untuk musim 2013.
Ketika memberikan peringatan itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menggugurkan 10 pasukan tersebut daripada bermain musim depan sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Harimau Muda menewaskan Balestier Khalsa


Harimau Muda menewaskan Balestier Khalsa 2-0 di Stadium Yishun dalam perlawanan Liga Singapura hasil gol Ahmad Hazwan dan D. Saarvindran.
Anak buah Ong Kim Swee telah memulakan perlawanan tanpa beberapa pemain utama seperti Wan Zaharulnizam, Irfan Fazail dan Fandi Othman akibat kecederaan serta Thamil Arasu yang digantung perlawanan. Saarvindran mengambil tempat di sayap kiri dengan Affize Faisal di tengah padang sebelah Gary Robbat.

Safee: Misi AFF lebih penting


Safee Sali menegaskan misi mempertahankan kejuaraan AFF bulan depan lebih penting daripada memikirkan soal ranking.
Kedudukan ranking skuad negara yang menjunam sehingga ke tangga ke-162 dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak menggusarkan penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali.

Saturday, October 6, 2012

FAM meningkatkan tajaan dari korporat


KUALA LUMPUR - FA MALAYSIA (FAM) sedang mencari dana dari badan koporat untuk bola sepak Malaysia.

"Kami berbincang dengan beberapa syarikat untuk tawaran penajaan. Saya tidak boleh mendedahkan kerana kami belum menandatangani apa-apa kata putus lagi."

"Ia akan meningkatkan pendapatan di Malaysia Super League, "kata setiausaha agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Penajaan dalam M-League telah meningkat sejak dua tahun lepas dengan pengendali TV berbayar menaja lebih RM120 juta sehingga 2014.

Ini menunjukkan kegemilangan bola sepak Malaysia telah diikuti oleh ramai pihak.

Syarikat rokok Dunhill telah menaja jumlah yang sama 1989-2002 tetapi pengharaman penglibatan syarikat rokok dalam sukan menghentikan rancangan ini.


Awas serangan kilat

THAMIL ARASU (kiri) meledak gol buat Harimau Muda
ketika menentang Balestier Khalsa pada 27 September lalu.
ADA sesuatu yang mengganggu fikiran pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Balestier Khalsa dalam aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Yishun hari ini.Ia ekoran kekebalan benteng pertahanan skuad kendalian Darren Stewart itu yang dilihat cukup ampuh apabila sekadar bolos 17 gol dalam saingan musim ini.
Justeru, Kim Swee menuntut anak-anak buahnya sentiasa berwaspada dengan serangan kilat Balestier jika enggan ‘berputih mata’.
“Mereka hanya bolos 17 gol, jadi saya percaya Balestier pasti mengamalkan corak bertahan. Jika kami terlalu asyik menyerang, tidak mustahil kami akan dihukum serangan pantas Balestier.
“Jadi, saya harap pemain dapat bertindak matang dalam perlawanan itu sekali gus membawa pulang tiga mata,” kata Kim Swee.
Untuk rekod, aksi Harimau Muda-Balestier sepatutnya berlangsung pada 27 September lalu, namun perlawanan itu terpaksa ditangguhkan gara-gara faktor cuaca.

ATM ceria bawa pulang satu gol

MARLON (kanan) bersaing dengan pertahanan Lions XII, Baihakki Khaizan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin

PENGENDALI Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ternyata berpuas hati dengan kejayaan mengikat Lions XII 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.
Satnianathan menganggap ATM telah mempamerkan persembahan cemerlang meskipun mengakui barisan pemainnya mengalami kesukaran beraksi di atas padang rumput tiruan.

Selangor tumpas di Kota Bharu

Farhan meraikan jaringan tunggalnya pada malam tadi

Video Highlight:Kelantan 1-0 Selangor

Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad IV selepas berjaya menewaskan Selangor 1-0 dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia.
Ramai mejangkakan perlawanan ini satu perlawanan yang hangat memandangkan kali terakhir mereka bertemu pada saingan Liga Super, terdapat insiden pergaduhan yang melibatkan Amri Yahyah, Bunyamin Umar dan Mohamad Ghaddar.
Jangkaan benar apabila sebilangan kad kuning telah dilayangkan termasuk satu kad merah pada babak kedua perlawanan.
Selangor memulakan perlawanan dengan baik apabila Amri Yahya membuat hantaran cantik kepada Bosko Balaban namun tendangannya melambung tinggi seawal minit ke-4.

Friday, October 5, 2012

KFA menaikan gaji pemain dan Nelson San Martin kembali ke Kedah

Persatuan Bola Sepak Kedah
ALOR SETAR, 6 Okt: Persatuan Bolasepak Kedah, KFA akan menaikkan gaji para pemain (terutama pemain berstatus bintang) untuk saingan musim depan. 

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khaled berkata, ia sebagai satu penghargaan kepada pemain terbabit yang sanggup menolak tawaran lumayan daripada pasukan lain semata-mata untuk membantu Kedah kembali ke Liga Super.

Ketika ditemui di Alor Setar, Datuk Dr Hamdan juga berkata, Nelson San Martin dijangka tiba di Alor Setar minggu depan. KFA juga akan mengadakan mesyuarat pengurusan pada 10 Oktober ini bagi menentukan nasib para pemain sama ada dikekalkan atau digugurkan.

Sumber: Berita RTM Kedah.

Hadiah bernilai RM5 000 sehingga RM10 000 untuk dimenangi http://adf.ly/DSZU8

ASC2012 QUALIFIERS: Aung Win Fires Myanmar To First Three Points

Video Highlight: click Myanmar 1-0 Brunei DS

YANGON (5 Oct 2012) – A late strike from defender Yan Aung Win fired hosts Myanmar to their first three points of the AFF Suzuki Cup 2012 qualifying round here at the Youth Training Centre in Thuwunna.
With the game against Brunei seemingly heading to a scoreless draw, Aung Win’s volley with just six minutes left on the clock gave chief coach Park Sung Hwa a sigh of relief.
“The first match is always difficult and Brunei showed that they have improved a lot,” added Sung Hwa. “They are very well prepared to play against us and it showed.”

ASC2012 QUALIFIERS: Convincing Start For Timor Leste

Video highlight: click Cambodia 1-5 Timor Leste

YANGON (5 Oct 2012) – Timor Leste made a grand start to their first game of the AFF Suzuki Cup 2012 qualifiers when they beat Cambodia 5-1 in the match that was played at the Youth Training Centre this afternoon. 
Two goals each from Murilo de Almeida (39thand 44th minute) and Adelino Oliveira (56thand 74th minute) before a penalty from striker Alan Pinheiro in the 87th minute gave the Timorese their first ever win since the qualifiers were introduced in 2007.
“It was not the result which was important but rather the way they played together as a unit that made the difference,” said Emerson Alcantara, the chief coach of Timor Lester afterwards.

Gergasi Merah tekad benam ego Kelantan


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

Amri yahya meraikan jaringannya bersama rakan pasukan
STADIUM Sultan Muhammad IV di Kota Bahru dianggap gelanggang keramat buat Kelantan.

Ini kerana stadium yang mempunyai kapasiti 30,000 tempat duduk itu sentiasa menjadi igauan kepada pasukan pelawat.

Sebagai rekod, kali terakhir Kelantan tumbang di gelanggang sendiri ialah ketika tewas 1-2 kepada T-Team pada aksi Liga Super, musim lalu.

Malam ini, Kelantan akan melayan kunjungan Selangor bagi menghadapi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Atas kertas, Kelantan masih lagi dilihat memiliki kelebihan berdasarkan kepada rekod cemerlang skuad The Red Warriors itu apabila beraksi di gelanggang sendiri.

Kehadiran ribuan penyokong fanatik Kelantan pastinya menghadirkan rasa gerun buat Sang Gergasi Merah yang berazam mencalarkan reputasi cemerlang The Red Warriors.

Menyedari anak-anak buahnya bakal menghadapi ranjau berliku malam ini, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tidak mahu Gergasi Merah beraksi dalam keadaan tertekan sehingga mengundang padah buat mereka.


Gol Semangat

Marlon Alex James dalam perlawanan malam tadi


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menarik nafas lega apabila berjaya mengikat Lions XII dengan keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.

Jaringan penyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-52 boleh dianggap ‘gol semangat’ buat ATM sebelum melayan kunjungan Lions XII pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 11 Oktober ini.

Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan secara menyerang ke kubu lawan masing-masing.

ATM terlebih dulu menghukum tuan rumah apabila Marlon bijak menggunakan kelebihan fizikalnya untuk melepasi tonggak pertahanan Lions XII, Baihakki Khaizan sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol, Mohamad Izwan Mahbud.

comment via Facebook

Viral Like Control Manager