Wednesday, October 17, 2012

Helang Rimba serang Stadium Shah Alam

Penyokong dan Pemain ATM FA meraikan kejayaan mereka melangkah
ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan
Kuala Lumpur: Kira-kira 20,000 penyokong dan peminat pasukan bola sepak Tentera dijangka membanjiri Stadium Shah Alam menyaksikan final Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Tentera, Lt Kol Abd Rahman Mahmud, berkata mereka kebanyakan anggota Tentera, keluarga mereka dan peminat setia pasukan dari seluruh negara.


Ditubuhkan dua tahun lalu katanya, dari kalangan ribuan penyokong yang akan hadir ke stadium termasuk 4,000 ahli kelab yang menggelarkan diri mereka Helang Rimba yang diwujudkan dua tahun lalu.

“Mereka adalah penyokong tegar yang akan memeriahkan stadium dengan pukulan gendang, sorakan dan nyanyian lagu bersemangat patriotik yang sering dinyanyikan dalam tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari awal hingga tamat permainan,” katanya semalam.


Sumber: BH online

comment via Facebook

Viral Like Control Manager