Saturday, October 13, 2012

Myanmar, Laos isi slot terakhir Piala AFF Suzuki 2012

Dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala AFF Suzuki 2012 semalam, tiga pasukan berentap untuk mengiringi Myanmar bagi memenuhi slot pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2012. Tiga pasukan tersebut Laos, Brunei dan Timor Leste. 

Myanmar yang sebelum ini telah mengesahkan tempat ke pusingan akhir dengan sembilan mata dalam tiga perlawanan awal bertemu Laos yang lebih memerlukan kemenangan dan mengharapkan Timor Leste tewas kepada Brunei.

Pada perlawanan semalam Laos bermain agak kemas dan asyik menyerang kubu Myanmar, tetapi gagal untuk menjaringkan sebarang gol pada babak pertama. 

Memasuki babak kedua, perlawanan nampak seimbang di mana kedua-dua pasukan asyik berbalas serangan. Lapan minit selepas babak kedua bersambung, Soukaphone pemain Laos mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi ketangkasan Thiha Si Thu penjaga gol Myanmar telah menafikan sepakan pemain itu.


Sehingga tamat perlawanan, permainan berkesudahan seri tanpa jaringan dan Laos
mengumpul tujuh mata selepas tamat perlawanan tersebut.

Laos terpaksa menanti perlawanan diantara Brunei Darul Salam menentang Timor Leste untuk memastikan mereka layak ke pusingan akhir.

"Kami perlu menang dalam perlawanan menentang Myanmar, dan kami sepatutnya menang dalam perlawanan tersebut. Pemain telah memberi 100% komitmen dalam padang tetapi tuah tidak berpihak kepada kami, dan kami terpaksa mengharapkan Brunei menewaskan Timor Leste". kata ketua jurulatih Laos Kokichi Kimura.

dua pemain Laos memberi asakan ke atas pemain Myanmar

Brunei garang benam Timor Leste 2-1


Disebelah malam pula Brunei menentang Timor Leste, Brunei telah terkeluar dari saingan untuk kepusingan akhir apabila Laos seri ke atas Myanmar. 

Keputusan dalam perlawanan ini akan menentukan sama ada Laos atau Timor Leste yang akan mengiringi Myanmar kepusingan akhir Piala AFF Suzuki.

Brunei yang sebelum ini mempunyai tiga mata dalam tiga perlawanan telah mengetahui bahawa pasukan mereka tidak layak untuk kepusingan akhir selepas Laos seri dengan Myanmar.

Manakala Timor Leste pula perlu seri dalam perlawanan ini untuk berkongsi mata bersama pasukan Laos kerana Timor Leste menyedari bahawa jaringan mereka lebih banyak berbanding pasukan Laos dan akan menjauhkan jurang perbezaan gol antara kedua pasukan tersebut.

Dalam perlawanan tersebut Brunei lebih garang mengasak kubu lawan dari awal permainan dan hasilnya pada minit ke 16 Adi Said telah berjaya  menjaringkan gol pertama untuk pasukan Brunei.

Pasukan Brunei yang tidak layak kepusingan akhir terus menyerang kubu Timor Leste dan hampir berjaya mengandakan jaringan pada minit ke 35 tetapi penjaga gol Timor Leste dapat menghalang rembatan dari Rosmin iaitu ketua pasukan Brunei. Sehingga separuh masa Brunei dapat mempertahankan jaringan tersebut.

Masuk babak kedua Muhd Azwan Ali Rahman berjaya mengandakan jaringan untuk memastikan Brunei terus di hadapan dengan gol kedua beliau.

Timor Leste yang menyedari mereka sekurang-kurangnya perlu seri, bangkit melawan dan usaha mereka berhasil apabila Pinto Jesse berjaya memecah kebuntuan gol.

Sehingga 90 minit perlawanan Timor Leste gagal untuk menyamakan kedudukan. Mereka terpaksa menerima kenyataan yang mereka tewas kepada pasukan Brunei dengan keputusan 2-1 lantas menggagalkan mereka ke pusingan akhir Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya.

Dengan keputusan tersebut Timor Leste gagal meraih sebarang mata. Timor Leste menamatkan saingan kali ini dengan enam mata dan Brunei juga memperolehi enam mata dalam empat perlawanan.

Walaubagaimanapun ketua jurulatih Timor Leste Emerson Alcantara bangga dengan pencapaian anak buah beliau kerana berjaya menamatkan saingan di tempat ke3 berbanding Brunei yang berada ditangga ke4.

Keputusan tersebut telah melayakan Laos untuk kepusingan akhir Piala AFF Suzuki November depan mengiringi Myanmar yang berjaya menamatkan saingan di tempat pertama.


Oleh: MSIBJ

comment via Facebook

Viral Like Control Manager