Wednesday, October 17, 2012

Harimau Muda cemerlang

Syahrul Azwari cemerlang sempurnakan
dua gol sewaktu menentang Sydney FC
Skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee cemerlang di Vietnam selepas mereka menewaskan Laos bawah 21 dalam perlawanan pertama, kini giliran Sydney FC bawah 21 menjadi mangsa mereka.

Dalam perlawanan tersebut Harimau Muda bermula garang dengan serangan bertubi-tubi ke kubu lawan. Hasilnya terjadi pada awal permainan di mana Syahrul Azwari membuka tirai jaringan apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit keenam.

Harimau Muda yang mendahului perlawanan sekali lagi berjaya menghasilkan jaringan kedua melalui Syahrul Azwari diminit ke 18.

Sydney FC yang diasak bertubi-tubi oleh pasukan Harimau Muda, bangkit untuk cuba mengasak tetapi mereka gagal di mana pada minit ke30 Christopher gagal untuk meloloskan diri.

Sebelum separuh masa pertama tamat, Sydney FC terpaksa bermain dengan 10 orang kerana Roberto Separanza dilayangkan kad kuning kedua akibat kekasaran ke atas Thamil Arasu.

Masuk separuh masa kedua, Sydney FC nampak bermain lebih cemerlang dimana mereka sesekali cuba untuk mengasak kubu Harimau Muda.

Kemasukan Hazwan Bakari dibabak kedua perlawanan membuahkan hasil apabila beliau berjaya menjaringkan gol ketiga pasukan Harimau Muda.

Menyedari mereka ketinggalan tiga gol, Sydney FC bangkit dan berjaya menghasilkan dua gol dalam masa dua minit jaringan mereka disumbangkan oleh Christopher Naumoff dan Peter Tatianis.

Sydney FC tambah parah apabila kemasukan Irfan Fazail berjaya menyumbangkan satu lagi gol iaitu gol keempat pasukan negara untuk memastikan pasukan Harimau Muda memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 4-2.

Dengan kemenangan tersebut, Harimau Muda berjaya menjadi juara kumpulan dalam kumpulan B. Manakala Syahrul Azwari pula mendapat pemain terbaik perlawanan.

Harimau Muda yang menjuarai kumpulan B dijadualkan akan bertarung dengan naib juara kumpulan A sama ada Vietnam atau Thailand dalam peringkat separuh akhir jumaat ini.


Oleh: MSIBJ

comment via Facebook

Viral Like Control Manager