Sunday, October 7, 2012

Safee: Misi AFF lebih penting


Safee Sali menegaskan misi mempertahankan kejuaraan AFF bulan depan lebih penting daripada memikirkan soal ranking.
Kedudukan ranking skuad negara yang menjunam sehingga ke tangga ke-162 dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak menggusarkan penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali.
Situasi itu bukan mengejutkan kata Safee, memandangkan tidak banyak perlawanan yang dilalui oleh skuad kebangsaan malah dia yakin moral pemain ke Piala Suzuki AFF tidak akan terjejas dengan kejatuhan enam anak tangga berbanding kedudukan ke-156 bulan lalu.
Safee berkata, misi mempertahankan kejuaraan AFF bulan depan lebih penting daripada memikirkan soal ranking.
"Pada saya ranking bukanlah perkara yang terlalu penting, apa yang lebih mustahak adalah memenangi kejohanan yang kita sertai seperti Piala Suzuki AFF 2012.
"Lagi pun kita tidak menyertai mana-mana kejohanan musim ini, perlawanan persahabatan pun tidak banyak, sebab itu ranking kita jatuh.
"Kalau terlalu mengutamakan ranking tetapi langsung tidak mahu memikirkan untuk memenangi kejohanan, saya rasa itu tidak memberikan apa-apa makna.
"Sasaran paling penting tahun ini adalah mempertahankan Piala AFF. Beraksi di hadapan penyokong sendiri bakal memberikan banyak kelebihan buat kami, " katanya lagi.

sumber: ESPNSTAR.my
Dapatkan hadiah wang tunai bernilai RM5 000 sehingga RM10 000 di sini http://sy.my/3nfw 
Dapatkan voucher Dutch Lady untuk anda RM50 di sini http://sy.my/3rwc

comment via Facebook

Viral Like Control Manager