Sunday, October 14, 2012

Bukit Jalil sudah bersedia - Datuk Azzuddin

Datuk Azzuddin
YANGON (14 Okt 2012) - Kebimbangan terhadap persediaan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk pertandingan pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2012 bulan depan telah dijelaskan oleh Datuk Azzuddin Ahmad setiausaha agung FA Malaysia (FAM) dalam mesyuarat Majlis AFF ke6 (untuk sesi 2011-2015).

Datuk Azzuddin berkata dalam mesyuarat Majlis AFF ke6 (untuk sesi 2011-2015), Stadium yang berkapasiti 100 000 itu, iaitu Stadium Nasional telah bersedia untuk digunakan dalam kejohanan istimewa di benua Asia Tenggara ini pada bulan hadapan.


"Stadium Nasional sudah bersedia dan saya memberi jaminan bahawa kami sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala AFF Suzuki 2012 yang bermula bulan hadapan," kata Datuk Azzuddin.
Majlis mesyuarat AFF ke6 di Yangon
Beberapa minggu yang lalu, isu padang di Stadium Nasional telah dibangkitkan apabila rumput stadium tersebut tidak sempurna dan dikatakan tidak sesuai untuk digunakan sebagai stadium utama bagi kejohanan besar di benua ini.

Dan kerana atas alasan tersebut FAM terpaksa menukar venue perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan 20 Oktober ini dimainkan di Stadium Shah Alam.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Kumpulan B Piala AFF Suzuki pada 25 November hingga 1 Disember 2012. Juara bertahan iaitu Malaysia berada di dalam kumpulan bersama pasukan Indonesia, Singapura dan Laos.

Manakala tuan rumah bagi kumpulan A Thailand pula bersama pasukan Myanmar, Vietnam dan Filipina.


Oleh: MSIBJ

comment via Facebook

Viral Like Control Manager