Wednesday, October 10, 2012

Malaysia B21 tanpa pemain tonggak


Pasukan Malaysia Bawah 21 akan ke Vietnam untuk saingan Piala Newspaper esok tanpa kelibat pemain tonggak yang cedera dan yang bersama skuad Harimau Malaya.
Malaysia pada awalnya diundi dalam Kumpulan B bersama Iraq dan Indonesia tetapi kedua-dua pasukan tersebut telah menarik diri dan telah diganti dengan pasukan dari Australia, Sydney FC dan pasukan Laos.
Bagi Kumpulan A pula yang pada mulanya melibatkan Vietnam, Singapura dan Syria telah digantikan dengan Thailand selepas Syria juga menarik diri.
Malaysia akan bertemu Laos pada Sabtu ini pada perlawanan pembukaan dan kemudian bertemu Sydney FC pada 17 Oktober. Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke separuh akhir pada 19 Oktober dan perlawanan akhir pada 21 Oktober.

Namun, Malaysia B21 tempang kerana terpaksa berangkat ke Vietnam esok tanpa kelibat pemain-pemain tonggak mereka seperti Izham Tarmizi, Zubir Azmi, Fadhli Shas, Wan Zack Haikal dan Gary Robbat yang akan beraksi untuk skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan dengan Hong Kong pada 16 Oktober ini.
Selain itu, Fandi Othamn, Wan Zaharulnizam dan Irfan Fazail pula dalam senarai kecederaan.
Walaubagaimanapun, Ong Kim Swee tetap akan membawa Fandi dan Irfan ke Vietnam kerana beberapa pemain dalam senarai 30 pemain yang dilibatkan mempunyai kurang pengalaman dalam aksi antarabangsa.
"Fandi dan Irfan sedang dirawat tetapi mereka mungkin mampu beraksi setidaknya perlawanan kedua," kata Kim Swee
"Mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga atau empat hari untuk pulih. Mereka turut akan ke Vietnam kerana saya tidak mempunyai pilihan lain."
Kejohanan ini akan menjadi salah satu persiapan skuad Malaysia untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar tahun depan.
"Tanpa lima pemain, kami harus realistik tentang matlamat kami. Laos menyerlah dalam kejohanan remaja baru-baru ini dan Sydney akan sukar buat kami," tambahnya.
Skuad yang akan berangkat esok:
Mohd Farhan Abu Bakar, Farhan Muhd Ariff, D. Saarvindran, Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Fandi Othman, Syahruk Azwari Ibrahim, Mohd Raphi Azizan Mariappen, Syazwan Tajudin, Ahmad Hazwan Bakri, Izham Tarmizi, Firdaus Muhamad, Mohd Nashriq Yahya, Mohd Azeif Nasrulhaq Badrul Hisham, Adam Nor Azlin, Syazuan Hazani, Muhd Nurridzuan Abu Hassan, D. Kenny Palraj.

Sumber: ESPNstar.my

comment via Facebook

Viral Like Control Manager