Monday, October 15, 2012

Azraai Khor ke Perak?

Azraai Khor Abdullah pernah menjulang Mafla
Silver State Ultras ketika N. sembilan menentang perak
di Ipoh awal tahun ini
Berita mengenai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan Azraai yang baru-baru ini telah dikatakan tidak menyambung kontrak bersama PBNS, hari ini hampir terjawab.

Hari ini Azraai telah berbincang mengenai kontrak baru beliau bersama pasukan Perak FA untuk jawatan ketua jurulatih. Perak yang sebelum ini telah menyingkirkan Ketua Jurulatihnya Jang Jung kini sedang mencari jurulatih baru untuk mengemudi pasukan mereka pada musim hadapan.

Dalam perbincangan yang berlangsung pagi tadi, Azraai telah bersetuju dengan beberapa tawaran yang diberikan kepada beliau untuk bersama pasukan itu.


Azraai kini telah menandatangani "MOU" bagi pasukan Perak FA sebagai tanda persetujuan beliau untuk menerima tawaran Perak FA. Ditanyakan menegenai alasan beliau ingin ke sana, beliau berkata ingin tinggal lebih dekat dengan keluarganya yang berada di Kedah dan mudah untuk ulang alik ke kampung halaman kerana jarak perjalanan yang tidak jauh.

Selain itu, Azraai juga berminat dengan tawaran yang diberikan oleh Perak FA kepada beliau. Azraai yang akan tamat kontrak bersama PBNS November depan mungkin akan menandatangani kontrak bersama Perak FA pada bulan hadapan jika beliau tidak mengubah fikiran.


Oleh: MSIBJ

comment via Facebook

Viral Like Control Manager