Wednesday, October 10, 2012

Sembilan pemain utama Kedah kekal, (KFA) "Masih dalam rundingan"

Dari kiri Dato' Dr Hamdan Mohamad Khalib (setiausaha KFA)
YBhg Dato' Paduka Syed Unan Mashri (timbalan presiden KFA)
Datuk Khazali Din (Pengurus Kedah 2012)
Alor Setar(10 Oktober 2012)- Satu sidang media telah diadakan bagi pengumuman perancangan pasukan Kedah FA untuk musim 2013.

Antara yang disebutkan dalam sidang media tersebut adalah mengenai pemain yang kekal, tajaan bagi pasukan Kedah musim depan, pemain import, mengenai kedudukan pengurus, jurulatih dan pengambilan pemain tempatan.

Seperti yang dinyatakan dalam sidang media ini, YBhg Dato' Paduka Syed Unan selaku timbalan presiden Kedah FA telah mengumumkan nama sembilan orang pemain utama Kedah yang dikekalkan. Nama-nama berikut seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, khairul helmi, Fazliata, Amar Rohidan, Sabree Abu, Faizal Abu Bakar, Hadi Hamid dan Fiqri Mat isa, mereka akan bermain bagi menghadapi Liga Perdana 2013 musim depan.

Manakala KFA berminat untuk menaikan beberapa pemain presiden Kedah untuk menyertai skuad utama Kedah antaranya  Syamim Aliff, Wan Mohd Syukri, Hattapon dan Redzuan Ramlee.


Ditanyakan mengenai pemain luar yang akan menyertai skuad Kedah, Timbalan Presiden KFA tersebut menyatakan mereka masih lagi dalam rundingan dengan beberapa orang pemain termasuk Akmal Rizal yang sebelum ini bermain dengan Perak. Mereka juga akan melakukan perbincangan dengan beberapa pemain untuk dibawa masuk ke dalam pasukan kedah sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada awal Disember ini.

Marijo Tot ketua jurulatih pasukan Kedah yang membimbing pasukan Kedah dalam kancah Piala Malaysia 2012 pula akan dikekalkan, dan mereka sedang mencari penolong jurulatih baru untuk menggantikan Radhi Mat Din yang sebelum ini menjadi penolong jurulatih bagi skuad Kedah 2012. Pencarian penolong jurulatih baru adalah kerana bermula musim depan FAM meletakan syarat bagi penolong jurulatih mestilah mempunyai lesen kejurulatihan "KLAS A".

Status pemain import Kedah iaitu Safi Abdel fatah dan Vedran Gerg menjadi persoalan para wartawan yang hadir, dan jawapannya mereka telah disingkirkan dan KFA akan cuba mencari pemain import yang baru bagi mengantikan kedua-dua pemain import Kedah seblum ini bagi saingan Liga Perdana 2013. Diberitahu juga Nelson bekas pemain tengah Kedah 2007 hingga 2008 juga dalam senarai rundingan pihak KFA untuk dibawa ke dalam skuad Kedah 2013.

Untuk jawatan pengurus pasukan Kedah, mereka akan mengadakan kembali mesyuarat bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah Dato' Seri Azizan bagi membincangkan tentang kedudukan pengurus pasukan musim hadapan.

Bagi tajaan pula setakat ini apa yang diumumkan dalam sidang media belum ada syarikat-syarikat yang mahu menaja pasukan Kedah akibat jatuhnya Kedah ke Liga Perdana tetapi masih mendapat tajaan dari PKNK iaitu sebanyak lebih kurang lima juta bagi musim depan.

Dalam sidang media ini banyak diperkatakan tentang "perbincangan" yang akan dilakukan, maka banyak keputusan yang masih belum dibuat oleh pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk perancangan musim 2013 dan pihak penyokong Kedah belum lagi dapat mengetahui pemain-pemain baru serta perancangan KFA bagi menghadapi Liga Perdana yang cukup sengit musim 2013 di mana adanya pasukan Johor FA, Sabah FA, Sarawak FA, Sime Darby antara nama besar dalam Liga Perdana 2013.


Klik Video Sidang Media


oleh: MSIBJ

Photo: Hijaukuning.com
Video: Hijaukuning.com

comment via Facebook

Viral Like Control Manager