Thursday, October 11, 2012

Safee Sali Layak Wakili Malaysia

Safee Sali (kanan) bersama Greg Nwokolo dalam pasukan
Pelita Jaya
Dalam kebelakangan ini, isu Safee Sali yang tidak boleh mewakili Malaysia hangat diperkatakan oleh beberapa media tempatan dan peminat bola sepak Malaysia. Isu ini mengenai liga di Indonesia iaitu ISL yang dikatakan tidak diiktiraf oleh FIFA dan dikatakan sebagai "liga haram" di Indonesia, hanya IPL yang sah di bawah kendalaian Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI).

Seperti sedia maklum, Safee Sali penyerang skuad kebangsaan Malaysia bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia iaitu dalam Indonesia Super League (ISL). Dalam hal ini jika badan induk bola sepak dunia FIFA tidak mengiktiraf sebarang penganjuran bola sepak dalam sesebuah negara, maka penganjuran itu tidak sah dan setiap pegawai atau pemain juga tidak layak untuk menjalin kerjasama dengan negara mereka dalam sebarang pertandingan di bawah naungan FIFA.


Sebenarnya dalam perkara ini, mungkin berlaku sedikit salah faham ataupun mungkin berlaku kekeliruan dalam penyampaian maklumat. Seperti yang dikatakan oleh Zack Rahim iaitu Pengurus Safee Sali di laman facebook beliau, kisah pengantungan ini telah lama diperkatakan. Isu pegantungan ini bukan dari badan induk bola sepak dunia FIFA, tetapi sebenarnya dari Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI) itu sendiri.

AFC dan FIFA telah memberi amaran kepada PSSI jangan bertindak sendiri tanpa merujuk mereka terlebih dahulu dalam membuat sebarang keputusan. Jika mereka melakukan tindakan yang tidak sepatutnya, PSSI akan digantung dari badan induk bola sepak dunia FIFA dan AFC.

Dalam mesyuarat AFC pada 20 September 2012, telah diputuskan oleh Task Force yang diketuai Tengku Abdullah Ahmad Shah bahawa IPL dan ISL adalah sah dan layak diteruskan sehingga 2014. Menjelang 2015 pula, satu liga baru di Indonesia yang bernama "Liga Merah Putih" akan menggantikan kedua-dua liga profesional negara itu.

Kenyataan dari dinding facebook Zack Rahim (pengurus Safee Sali)

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Zack Rahim yang lebih mengetahui perkara sebenar.  Bagi mengelak kekeliruan yang berlaku beliau telah memaparkan kenyataan berkaitan isu ini di Facebook beliau sendiri untuk peminat bola sepak Malaysia. Safee Sali masih lagi layak untuk mewakili negara dalam sebarang kejohanan dan layak mewakili negara dalam kejohanan Piala AFF Suzuki pada November ini.


Oleh: MSIBJ

comment via Facebook

Viral Like Control Manager