Pada jam 9.00 malam, 20 Mac 2011 satu sesi peminat bersama Azraai Khor telah dilakukan di dinding profile pembaca berita dan pengulas sukan RTM Hafizal Hamad. Sesi bersama Azraai dilakukan kerana berita mengenai beliau ke Negeri Sembilan telah pun tersebar dengan cepat di dalam laman sosial Facebook.
Ramai peminat setia hijau kuning menunjukkan reaksi yang amat mengecewakan terhadap KFA kerana tidak melamar Azraai selepas beliau dilepaskan dari kontrak FAM baru-baru ini, boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Kedah mengharapkan beliau akan bersama Kedah kembali. Selain pada itu, ramai juga reaksi penyokong Kedah yang banyak memberi sokongan kepada Azraai untuk lebih berjaya walau di mana beliau berada untuk melatih pasukan yang beliau kendalikan dan mengharapkan beliau mengharumkan nama negeri Kedah.
Tetapi seperti mana yang kita tahu, Azraai telah menyatakan di dalam akhbar dan media elektronik yang beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil KFA utk membawa beliau kembali ke dalam pasukan Kedah untuk melatih skuad Kenari. Sedangkan wakil dari PBNS lebih awal menghubungi beliau selepas dibebaskan oleh FAM, untuk berbincang mengenai kontrak dan sebagainya bersama Negeri sembilan.
Dan pada masa itu juga, Azraai pernah mengeluarkan kenyataan diakhbar mengenai syarat jika beliau bersama Kedah kembali. Syarat yang sangat mudah iaitu beliau mengharapkan kerjasama dari pihak pengurusan KFA dan bukan dengan sikap "Cukup apa yang ada".
Dalam sesi bersama Azraai itu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Jason Marz telah bertanyakan soalan kepada Azraai berbunyi seperti "adakah coach tidak merasa rugi apabila pasukan Kedah di barisi pemain-pemain yang cukup hebat tetapi tidak dapat menerajui kembali?", jawapan yang diberikan oleh Azraai adalah "Memang saya rasa bagitu rugi....tapi ada kah harus saya saja rasa begitu ???What about KFA ???".
Dari jawapan yang diberikan oleh Azraai itu menunjukkan pihak KFA memang tidak berminat dan tidak ambil kisah terhadap peluang yang ada untuk memikat Azraai kembali ke pasukan Kedah. Dan satu lagi kenyataan dari Azraai mengenai bekas pemain import lincah Kedah pada tahun 2007/2008 iaitu Nelson Sam Martin, dalam kenyataan itu Hafizal Hamad mengatakan Marlon kini dh bersara,sama dgn bernard jgk..Tapi yng pasti musim depan dimana ada azrai disitu ada nelson dan azraai pula mengatakan "Itu janji dari Nelson pada saya". Ini telah membuatkan peminat setia Kedah lebih kecewa kerana harapan yang menggunung untuk melihat bekas pemain import kedah itu beraksi semula untuk pasukan hijau kuning lebur.
Dari beberapa jawapan yang diberi oleh Azraai, menunjukan pihak KFA seperti tidak kisah dengan pembebasan beliau dari FAM, sedangkan sekarang pasukan Kedah mengalami kemerosotan dalam Liga Super.
Sikap tunggu dan lihat dari KFA telah membuatkan peminat setia Hijau Kuning berang. Status mengenai Jurulatih Kedah Ahmad Yusof yang direhatkan juga menjadi tanda tanya, adakah beliau direhatkan? atau beliau disingkirkan? dan jika beliau disingkirkan siapa bakal pengganti beliau?. Seperti yang kita tahu selepas Ahmad Yusof direhatkan Radhi Mat Din selaku penolong jurulatih telah mengambil alih tugas jurulatih Kedah, dan sampai bila beliau perlu mengambil tugas itu hanya terletak pada KFA untuk menentukan.
Untuk pengetahuan peminat setia Hijau Kuning, pemergian Azraai ke Negeri Sembilan adalah untuk perbincangan peringkat akhir berkenaan kontrak beliau dan beliau belum pasti lagi ke skuad "Rusa" itu kerana info dari Hafizal Hamad adalah 70% beliau akan pergi melatih skuad itu. Tetapi keputusan sebenarnya ada pada Azraai sendiri.
Harapan penyokong Kedah sekarang ini, adalah mengharakan juga Azraai Khor kembali ke Kedah jika kontrak yang ditawarkan itu ditolak oleh beliau. Selain pada itu, mereka juga mengharapkan pengurusan KFA lebih bijak menangani masalah yang berlaku kepada pasukan Kedah sekarang, agar pasukan kesayangan mereka dapat bersaing dengan pasukan-pasukan pendahulu seperti Kelantan, Perak dan Felda United.
Dan juga isu politik yang digembar-gemburkan penyokong Kedah dalam Persatuan Bola Sepak Kedah tidak berlaku sama sekali, kerana bola sepak di Kedah adalah satu tempat di mana rakyat Kedah bersatu.
Dan juga isu politik yang digembar-gemburkan penyokong Kedah dalam Persatuan Bola Sepak Kedah tidak berlaku sama sekali, kerana bola sepak di Kedah adalah satu tempat di mana rakyat Kedah bersatu.
Oleh: wargasoccer