Gambar selepas sidang media |
Sidang media ini dilakukan kerana penyokong Kedah tidak tahan lagi dengan sikap segelintir pegawai-pegawai KFA yang kurang profesional dan suka mengamalkan sikap sambil lewa untuk pasukan Kedah pada musim 2012 dan musim-musim lepas.
Seperti yang kita tahu, pada musim 2013 pasukan Kedah akan bertanding dalam saingan Liga Perdana akibat mereka tidak layak secara automatik untuk bermain di Liga Super 2013 musim hadapan. Sebelum ini pasukan Kedah terpaksa bermain Play Off untuk mengekalkan saingan di Liga Super 2013 tetapi gagal kerana tewas pada Pahang pada perlawanan akhir Play Off baru-baru ini di stadium hang jebat.
Oleh kerana itu, gabungan kelab penyokong Kedah telah bersatu suara untuk mendedahkan kelemahan yang ada pada KFA sepanjang tahun 2010 hingga 2012 sehingga menyebabkan pasukan Kedah tersungkur untuk bermain di Liga Perdana 2013 nanti.
Dalam sidang media tersebut wakil gabungan kelab penyokong Kedah Sazali Sobri berkata, mereka mempunyai tiga tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh KFA jika mahu pasukan Kedah bangkit kembali. Tiga tuntutan tersebut adalah:-
1) Meminta agar melakukan perubahan drastik bermula dari Presiden sehingga pasukan
2) Meminta agar pemecatan pengurus pasukan Kedah dilakukan segera.
3) Melabur dengan lebih banyak agar terus mendapat pulangan yang terbaik di dalam kancah utama Bola sepak Malaysia.
Akhir sekali wakil jurucakap mereka meminta agar pihak KFA bersetuju untuk mengadakan sesi dialog secepat mungkin bersama peminat yang dianjurkan oleh pihak Hijaukuning.com.
Sidang media ini telah dilakukan di stadium darul aman dan lebih kurang 30 orang yang hadir untuk mewakili suara ribuan peminat dan penyokong bola sepak Kedah.
Untuk menyaksikan sidang media ini anda boleh klik link di bawah:
Bahagian 1 (Credit: HKCtv): Bahagian 1 (tunggu beberapa saat untuk menyaksikan video ini)
Bahagian 2 (Credit: HKCtv): Bahagian 2 (tunggu beberapa saat untuk menyaksikan video ini)
Bahagian 3 (Credit HKCtv): Bahagian 3 (tunggu beberapa saat untuk menyaksikan video ini)
Bahagian 4 (Credit: HKCtv): Bahagian 4 (tunggu beberapa saat untuk menyaksikan video ini)
Oleh: wargasoccer
sumber: gambar(HKC) video(HKCtv)