PEMAIN Harimau Muda dicabar untuk meraih kedudukan lebih baik dalam saingan Liga S. |
ATAS kertas, misi Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan Liga Singapura 2012 (Liga S) musim ini tampak sukar dicabar mana-mana pasukan.
Selepas mengumpul 41 mata setakat ini, skuad kendalian Ong Kim Swee itu kini berada di tangga keempat liga dengan baki dua perlawanan, mengatasi Home United dan Balestier Khalsa yang kini di tangga kelima dan keenam.
Begitupun, Kim Swee mencabar anak-anak buahnya mempamerkan persembahan bertenaga untuk menamatkan saingan di kedudukan lebih baik berbanding misi asal mereka sebelum ini untuk menghuni tangga kelima liga.